adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, June 24, 2011

Ibu tunggal mati bersalin dalam tandas


JASIN: Seorang ibu tunggal dan bayinya yang baru dilahirkan ditemui mati di dalam tandas sebuah kilang di Taman Perindustrian Merlimau, dekat sini, antara jam 3 pagi hingga 8 pagi semalam.

Difahamkan mangsa berusia 30 tahun berasal dari Kemendor, Jasin dekat sini, ditemui mati bersama-sama bayi perempuan yang baru dilahirkan oleh seorang tukang cuci ketika mahu membersihkan tandas wanita di situ.

Sumber polis yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kerana masih menunggu laporan bedah siasat mangsa pagi ini di Hospital Jasin.

Sumber itu berkata ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita terbabit dikatakan memasuki tandas berkenaan dan dipercayai tiba-tiba melahirkan anak. 

“Mangsa dipercayai mati akibat pendarahan banyak dan menahan kesakitan seorang diri,” katanya.

Difahamkan mangsa menumpang di rumah abangnya di Kampung Kilang Berapi, di sini. - myMetro

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu