adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, June 25, 2011

Jakarta didesak henti khatan bayi perempuan


JAKARTA: Kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty International mendesak pihak berkuasa Indonesia membatalkan dikri yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan yang membenarkan anggota profesional perubatan mengkhatan bayi perempuan.

“Kami sungguh kecewa dengan keputusan Menteri berkenaan.

“Perkhatanan adalah satu bentuk pencabulan terhadap wanita,” kata Aditiana Dewi Eridani dari Pusat Penerangan Hak Asasi Islam dan Wanita.

“Ia adalah langkah ke belakang bagi perlindungan hak asasi wanita di negara ini,” katanya.

Amnesty berkata, dikri itu melanggar beberapa undang-undang terhadap hak asasi manusia, perlindungan kanak-kanak dan penindasan terhadap wanita. - Reuters

1 comment:

  1. usah dilayan permintaan bodoh kumpulan yang tidak memahami hukum Islam. Khatan sebenarnya baik utk kesihatan. Mahu bela nasib wanita yg tidak kena pada tempatnya.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu