adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, June 22, 2011

Marsha kahwin senyap-senyap

MARSHA...enggan ulas lanjut


KUALA LUMPUR: “Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu,” kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, sekali gus menamatkan pelbagai gosip mengenai status terkini dirinya.

Artis berasal dari Sabah itu dicungkil bakatnya melalui program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) berkata, majlis perkahwinannya berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Bagaimanapun, dia yang berketurunan Dusun dan beragama Kristian enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media.

“Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.

“Buat masa ini saya perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. - myMetro

2 comments:

  1. Nak kumpul alasan yg munasabah la tu utk diberi pd peminat, baru buat press conf.

    Walau mcmnapun...TAHNIAH...diatas perkahwinan anda....

    ReplyDelete
  2. khwin dgn sape lah agaknya yer

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu