adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, June 6, 2011

Nenek, 70, mula sekolah


JENIN: Seorang wanita Palestin berusia 70 tahun tidak merasa malu untuk duduk bersama dengan teman sekelasnya yang berusia lebih muda daripada cucunya di sebuah sekolah di Kampung Jaba, utara Tebing Barat.

Kedutan pada muka dan dengan tangan sentiasa terketar-ketar tidak menghalang Arifa Malaysha daripada meneruskan keinginan untuk belajar membaca dan menulis dari peringkat asas.

“Saya tidak bernasib baik kerana terlepas peluang untuk belajar ketika muda akibat kemiskinan. Keinginan untuk bersekolah tidak pernah padam walaupun saya sudah tua.

“Saya ingin menghadiahkan diri saya dengan mendapatkan pelajaran walaupun terpaksa duduk bersama mereka yang lebih muda daripada cucu saya,” kata Arifa yang kini belajar di darjah satu.

Sebelum memasuki kelas secara rasmi, Arifa menghadiri pendidikan di sebuah sekolah untuk golongan buta huruf di kampungnya selama tiga tahun.

“Saya begitu gembira apabila sekolah itu dibuka di kampung kami. Ia membolehkan penduduk wanita belajar membaca dan menulis. 

“Kini saya yakin saya boleh membaca dan menulis seperti golongan cerdik pandai lain,” kata wanita itu.

Menurutnya, sejak mula memasuki sekolah secara rasmi dua bulan lalu, dia sudah boleh membaca dan menulis dalam bahasa Arab di samping tahu mengira pada peringkat asas.

“Saya adalah wanita pertama dari kampung saya yang belajar di sekolah rasmi kerana saya sentiasa dahagakan pelajaran,” kata Arifa yang menyara kehidupannya dengan membuat botol tembikar.

Di rumah, katanya, dia akan belajar menulis dengan pensel di bawah cahaya lampu minyak tanah. Arifa berhasrat belajar mengenai sejarah Palestin supaya dia boleh menceritakannya kepada kanak-kanak di kampungnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu