adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, June 16, 2011

Redah laut bergelora selamatkan remaja


MIRI — Walaupun tanpa sebarang latihan menyelamat, seorang jurulatih tenis tempatan bertindak nekad terjun ke laut bergelora untuk menyelamatkan seorang remaja yang hampir lemas berdekatan pantai Miri lewat petang semalam.
Menceritakan pengalamannya kepada Bernama hari ini, Zaini Abdul Razak, 47, berkata beliau langsung tidak merasa berbelah-bagi lagi sewaktu mengharungi laut dengan ombak setinggi lebih 2 meter untuk menyelamatkan Morison Kudi Silau, 13.
"Entah berapa banyak air laut yang saya telan waktu itu. Luka di tangan dan kaki saya akibat terkena batu tajam di laut bagai sudah tidak terasa lagi. Yang saya tahu nak selamatkan budak itu. Kesian anak orang,” katanya sewaktu ditemui di sini.
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 petang semasa bapa kepada tiga orang anak itu sedang bersantai di benteng pemecah ombak berdekatan pantai Marina Bay di sini selepas selesai memancing, sambil memerhatikan sekumpulan remaja sedang mandi-manda. — Bernama

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu