adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, June 3, 2011

Suami Cemburu Tetak Isteri Muda


IPOH: Gagal mengawal perasaan cemburu, seorang suami menetak isteri mudanya dan saudara lelaki wanita itu yang cuba meleraikan pergaduhan antara pasangan itu di rumah mereka di Jalan Padang Tembak, di sini, Jumaat.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, pasangan tersebut yang baru mendirikan rumah tangga setahun lepas, dikatakan bergaduh sebelum suami berusia 24 tahun itu menyerang isterinya R Reevathy, 21 dengan sebilah parang.
Mendengar jeritan isteri muda itu, saudara lelakinya, M Visanathan, 18, yang tinggal berjiran dengan pasangan itu masuk ke rumah mangsa untuk meleraikan pergaduhan tetapi turut ditetak oleh lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan, kedua-dua tangan dan kaki dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Katanya suami mangsa yang bekerja sendiri itu ditahan sejam kemudian di rumahnya dan direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
Azisman berkata siasatan awal polis mendapati perasaan cemburu menjadi motif dalam kejadian tersebut namun polis masih menjalankan siasatan untuk memastikan punca kejadian sebenar.
Difahamkan suami wanita itu mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan intim dengan lelaki lain sehingga tercetus pergaduhan itu.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki warga Indonesia meninggal dunia selepas badannya terbakar di rumah kongsi di sebuah ladang kelapa sawit di Pantai Remis pada 8.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman, berkata mangsa yang hanya dikenali sebagai Ribahan, 20, melecur seluruh badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian disedari oleh dua rakannya yang berada di luar rumah berkenaan apabila mendapati mangsa menjerit dengan api membakar keseluruhan badannya, katanya ketika dihubungi.
Katanya mayatnya dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat dan polis sedang menyiasat punca kejadian itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu