adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, June 22, 2011

'Tiada Niat Saya Nak Mengamuk'


Nur Fathia bimbang dianggap jahat dan mula bersikap besar kepala. - Foto AZLINA ABDULLAH
PETALING JAYA: Pelakon Nur Fathia Abd Latiff, 24, (Fathia) mengakui tidak berniat untuk mengamuk di lokasi drama Stanza Cinta sehingga bertindak membaling telefon bimbitnya ke arah pengarah Along Kamaluddin seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.
Menurut Fathia, insiden tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh sikap panas baran atau besar kepalanya tetapi ia dipengaruhi oleh tindakan spontan gara-gara tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu.
"Saya langsung tiada niat untuk mengamuk sehingga membaling telefon kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada Along yang saya hormati sebagai pengarah.
"Insiden itu berlaku secara spontan kerana telefon saya terlepas daripada tangan dan tercampak ke arah orang lain dan bukannya ke arah Along seperti yang didakwa.
"Sebenarnya, saya terlalu tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu. Kebetulan pula, sebelum itu saya baru saja mendapat panggilan peribadi yang membuatkan saya marah dan hilang pertimbangan," katanya.
Fathia menjawab dakwaan itu ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama berkenaan di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Selasa.
Nur Fathia bergandingan dengan Aaron Aziz (kanan) dan Fizz Fairuz.
Tambah Fathia, apa yang lebih menggusarkan fikirannya kini adalah kesan daripada laporan akhbar tersebut akan membuatkan masyarakat berpandangan negatif terhadapnya.
"Sebenarnya, insiden itu bukan perkara besar pun. Semuanya sudah okey dan saya juga sudah meminta maaf pada Along. Penggambaran juga berlaku seperti biasa.
"Namun, saya risau jika orang menganggap saya jahat dan sudah besar kepala walaupun baru setahun jagung dalam lakonan," katanya.
Susulan kejadian itu, pelajar jurusan undang-undang ini mengakui dia perlu belajar untuk mengawal emosi dan tidak membawa masalah peribadi ke tempat kerja.
"Saya belajar banyak perkara daripada insiden tersebut. Kini, baru saya sedar setiap gerak geri kita walaupun yang remeh-temeh akan sentiasa diperhatikan orang.
"Saya kena belajar untuk mengawal emosi dan tidak mencampuradukkan masalah peribadi apabila sedang bekerja," katanya.
Dalam drama bersiri 13 episod itu, Fathia memegang watak gadis bertudung dan alim bernama Amni Sorfina yang berdepan cinta tiga segi untuk memilih Irfan Kamal (Aaron Aziz) atau Taufiq (Fizz Fairuz).
Pengarah, Along Kamaluddin
Sementara itu, Along berkata dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu insiden yang serius sebaliknya kejadian berkenaan telah diselesaikan dengan cara baik.
Along berpendapat, disebabkan Fathia baru pertama kali mendapat peranan besar dalam drama tersebut, tidak mustahil dia menghadapi tekanan emosi yang sukar dikawal.
"Saya tidak mahu keruhkan keadaan. Saya melihat sebelum ini, tiada orang pernah bimbing dia dalam lakonan. Mungkin sebab itu, dia tertekan selain ada masalah peribadi lain," katanya.
Drama yang diadaptasi daripada novel Stanza Cinta tulisan Nurull Halawati itu turut dibintangi Fadhilah Mansor, Amanda Misbun, Izreen Azminda, Chomel Fana, Datuk Jalaludin Hassan, Muniff Isa, Azhar Sulaiman dan Hilal Azman.
Ia bersiaran sejak 19 Jun lalu pada setiap Ahad pukul 9 malam di TV3. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu