adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, June 17, 2011

'Usop Wilca' Jadi Deejay Mahu Rapat Dengan Peminat


Usop Wilcha
PETALING JAYA: Pelakon yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengakui menerima tawaran sebagai penyampai stesen radio Hot FM adalah untuk merapatkan hubungannya dengan peminat.
Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata ini merupakan strategi untuk menjaga nilai eksklusif watak tersebut di samping mengekalkan kehangatan fenomena Usop Wilcha.
"Saya sentiasa berfikir bagaimana untuk mendekati dan terus berhubung dengan peminat Usop Wilcha. Jika hanya pada filem atau drama sudah tentu mengambil tempoh yang agak lama untuk keluar.
"Lagi pula saya ingin menjaga nilai eksklusif jenama Usop Wilcha itu sendiri dengan hanya tampil dalam filem-filem tertentu sahaja untuk membawa watak tersebut.
"Tawaran yang datang ini memang sesuatu yang sangat tepat pada masanya kerana saya boleh berinteraksi dengan peminat-peminat saya setiap hari," katanya pada sidang media pengumuman penyampai baru Hot FM di sini, Khamis.
Bermula Khamis, segmen pagi AM Krew yang ke udara bermula pukul 6 pagi sehingga pukul 11 pagi akan disertai oleh Usof Wilcha bergandingan dengan tiga deejay sedia ada iaitu Farah Fauzana, Faizal Ismail dan AG.
Sementara itu, Shy8 mengakui agak gementar pertama kali mengendalikan segmen pagi tersebut dan berhadapan dengan tiga deejay yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan.
"Hari pertama memberi pengalaman yang sangat baru, maklumlah saya tiada sebarang pengalaman sebagai deejay sebelum ini.
"Tapi Alhamdulillahlah mereka banyak membantu saya ketika ke udara. Saya yakin dapat mencari keserasian dalam masa terdekat ini," ujarnya.
Barisan deejay AM Krew bersama Shy8
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata pemilihan Shy8 sebagai barisan baru stesen radio tersebut adalah bagi mengukuhkan lagi barisan penyampai sedia ada.
"Kami melihat Shy8 mempunyai kelebihan dan karakter tersendiri, malah dia mempunyai peminat yang ramai dari golongan kanak-kanak hingga golongan berusia.
"Ketika pertama kali menjemput dia sebagai tetamu undangan Hot FM bulan lalu, kami nampak keserasian antara mereka," jelasnya.
Katanya, setiap stesen radio mempunyai strategi tersendiri bagi menarik pendengar, begitu juga Hot FM.
Malah percubaan Hot FM sebagai stesen radio pertama menampilkan empat deejay pada segmen pagi merupakan sesuatu yang dianggap berani.
"Saya sangat yakin gandingan ini bakal memantapkan lagi AM Krew, saya tidak rasa ia terlalu ramai kerana di luar negara sudah banyak radio yang menampilkan empat deejay dalam sesebuah segmen.
"Kita tengok dahulu bagaimana reaksi pendengar dan jika ramai yang tidak bersetuju kami mungkin akan membuat rombakan semula," katanya.
Seelan Paul dan Farah Fauzana
Ketika diminta mengulas tentang maklum balas negatif pendengar terhadap kemunculan pertama Usop Wilcha, kononnya tidak memberi sebarang impak terhadap segmen tersebut, Seelan berkata setiap perubahan perlu mengambil sedikit masa.
"Ini baru hari pertama sudah tentu semuanya masih baru, tapi saya sangat yakin pendengar akan menerima dan menyukainya sedikit masa lagi," tuturnya.
Dalam pada itu, Seelan juga memberitahu bekas penyampai XFM, Nana Mahzan bakal menyertai stesen tersebut pada Julai depan.
"Nana akan menyertai kami pada bulan depan namun dia hanya ke udara pada hari minggu sahaja. Kami faham situasi dia untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan perniagaannya," katan Seelan. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu