adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, June 13, 2011

Wanita curi dalam surau


MELAKA: Keji apabila seorang wanita bertudung tergamak menjadikan surau di pusat beli-belah di Jalan Tun Razak sebagai tempat mencari 'rezeki terlarang'.

Wanita berusia 39 tahun itu dipercayai berpura-pura berada di situ untuk mengerjakan solat sebelum mengambil kesempatan melarikan beg tangan dan barang berharga mangsa.

Namun, perbuatan wanita terbabit berakhir jam 7 malam Rabu lalu apabila diberkas seorang wanita selepas melarikan beg tangan mangsanya beberapa jam sebelum itu.

Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini Noryuhani Ramli, 29, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya, Nor Azzren Bazid, 26, pergi menunaikan solat di surau pusat beli-belah berkenaan.

"Ketika masuk ke dalam surau, terdapat seorang wanita berada di situ, namun kami tidak mempedulikannya.

"Bagaimanapun, selepas mengambil wuduk dan rakan saya pergi ke tandas, wanita itu hilang bersama beg Nor Azzren lalu kami mencarinya di lokasi kejadian, namun gagal," katanya.

Beliau berkata, rakannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru sejurus selepas kejadian.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang, dia menghubungi rakannya bertanyakan hal berkenaan dan diberitahu kad kredit yang dilarikan bersama beg tangannya itu digunakan di pusat beli-belah di Ayer Keroh.

"Saya kebetulan berada di sekitar lokasi berkenaan ke pusat beli-belah terbabit dan terserempak dengan wanita yang dicam berada di surau beberapa jam sebelum menghampirinya.

"Saya bertanya mengenai kehilangan beg berkenaan, namun wanita itu menafikannya dan mengancam menjerit. Saya minta orang ramai menahannya dan wanita itu mengaku mengambil beg rakan saya," katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan menyerahkan semua barangan yang dilarikan sambil merayu dilepaskan. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu