adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, July 14, 2011

Cabul Hak Asasi: Suhakam Mahu Adakan Siasatan Awam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Khamis memutuskan untuk mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan wujudnya pencabulan hak asasi pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Naib Pengerusi Suhakam, Prof. Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, keputusan untuk mengadakan siasatan awam berkenaan dibuat selepas mengambil kira pelbagai aduan khususnya berhubung salah laku pihak polis dalam menangani perhimpunan berkenaan.
"Kita terima pelbagai aduan sejak Selasa lalu, kita juga mengambil kira tentang dakwaan insiden tembakan gas pemedih mata ke arah Hospital Tung Shin serta dakwaan kekasaran pihak polis terhadap peserta demonstrasi.
"Selain itu kita turut mengambil kira tentang kematian Baharuddin Ahmad... keputusan untuk mengadakan siasatan awam ini dibuat awal pagi ini," katanya kepada pemberita di sini.
Selain itu katanya Suhakam menjangkakan siasatan awam berkenaan akan dapat diadakan secepat mungkin selepas memperoleh maklumat yang berkaitan.
"Kita dalam proses mengumpulkan bukti dan saksi... kalau semuanya lancar kemungkinan ia boleh diadakan pada Ogos depan," katanya.
Menurut Khaw lagi, siasatan awam itu akan turut membabitkan pihak polis selain pihak yang membuat dakwaan.
"Kita harap pihak polis akan memberikan kerjasama dengan menghadiri siasatan awam ini... kita perlu dapatkan maklumat daripada kedua-dua belah pihak," katanya.
Pada 2009 Suhakam pernah menjalankan siasatan awam membabitkan dakwaan pencabulan hak asasi manusia berhubung dakwaan anggota polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan kekerasan terhadap dua individu semasa insiden di Bandar Mahkota Cheras.
Hasil siasatan Suhakam mendapati polis bertindak kasar sehingga mengancam keselamatan dua orang awam terbabit.
"Proses yang sama juga kita gunakan dalam siasatan awam kali ini, selain maklumat dari orang awam, Suhakam juga akan mengambil kira laporan daripada hasil pemantauan kita pada perhimpunan itu.
"Daripada hasil siasatan itu nanti Suhakam akan buat cadangan-cadangan tertentu kepada pihak yang berkenaan," katanya. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu