adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, July 19, 2011

Dipukul tegur suami tidur bilik adik

KAJANG: Angkara menegur suami tidur di bilik adiknya, seorang isteri berusia 20-an dibelasah hingga cedera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu menyebabkan isteri malang itu mengalami bengkak di rahang dan bibir selain cedera di badan.

Difahamkan, mereka sering bertengkar dan setiap kali itu, wanita berkenaan akan menjadi mangsa tendangan dan pukulan suaminya yang dikatakan di bawah separuh sedar akibat pengambilan dadah.

Selain itu, anak perempuan tunggal mereka yang berusia dua tahun turut menjadi mangsa apabila dipukul dan dihempap ke atas katil sekiranya si suami mahu melepaskan geram.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, mangsa cuba menegur suaminya yang menyelinap masuk ke dalam bilik adik iparnya dan menyuruh lelaki itu masuk semula tidur di dalam biliknya.

“Teguran itu membuatkan suaminya naik berang lalu mereka bertengkar selama beberapa minit sebelum muka mangsa ditumbuk hingga lebam.

“Adik ipar mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan tetapi gagal sebaliknya suami mangsa semakin ganas memukul mangsa,” katanya.

Sumber berkata, walaupun mangsa cuba merayu, namun ia tidak diendahkan.

“Sebaik puas memukul mangsa, suaminya bertindak keluar dari rumah. 

“Wanita itu yang kesakitan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - myMetro

1 comment:

  1. Kebelakangan ini, terlalu byk kes suami pukul isteri. Nasihat akak pd gadis2 di luar sana, klu nak nikah jgn hanya bersandarkn rasa cinta shj.

    Kerana cinta selalu buat isteri merana. Susah nak dpt suami berkualiti skrg. Kenali pasangan terlebih dulu baru nikah, biar ambil masa janji xsakit jadi "punch bag".

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu