adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, July 13, 2011

Dua lelaki kemalangan rupanya penyamun

KAJANG: Seorang wanita kerugian RM2,600 dan kehilangan telefon bimbit apabila niat menghulurkan bantuan kepada dua lelaki yang terbaring di atas jalan bertukar tragedi apabila dia disamun empat lelaki yang tiba-tiba muncul dalam kejadian di Seksyen 8, Bandar Mahkota Cheras, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2.45 pagi ketika mangsa yang berusia 45 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya ternampak dua lelaki terbaring di atas jalan seolah-olah terbabit dalam kemalangan.

Menurut sumber, mangsa yang tidak menyedari lakonan lelaki terbabit kemudian memberhentikan kenderaannya di bahu jalan dan segera keluar untuk membantu menghantar lelaki berkenaan ke hospital.

“Sebaik keluar dari kereta dan menghampiri lelaki itu, tiba-tiba datang dua lelaki lain dari arah belakang bersenjatakan parang dipercayai menyorok di celah semak berhampiran tempat kejadian.

“Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa kerana suspek mengugut untuk mencederakannya jika tidak memenuhi permintaan mereka,” katanya.

Sumber berkata, kesempatan itu diambil suspek dengan melarikan wang tunai berjumlah RM2,600 dan telefon bimbit milik mangsa yang diletakkan di dalam kereta.

“Semua suspek melarikan diri dengan menunggang dua motosikal ke arah kawasan perumahan berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 375/379.- myMetro

1 comment:

  1. kalau awal2 pagi dgn jln yg sunyi, xyah la berhenti, nak nya sorang2....saja tempah maut.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu