adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, July 27, 2011

Kekasih cekik, tumbuk pelakon


KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama dan filem popular berusia 25 tahun yang sering mencetuskan kontroversi antaranya penyebaran gambar intim dengan teman lelakinya di Internet membuat laporan polis mendakwa dia dicekik, ditampar dan ditumbuk teman lelakinya itu, kelmarin.

Lebih mengerikan apabila teman lelaki mangsa yang juga seorang pelakon drama bersiri Tari Kirana dan Sahara disiarkan di TV3, berusia 22 tahun itu mengugut untuk membunuhnya.

Semuanya bermula apabila pelakon wanita yang bakal muncul menerusi drama Laila Manja (TV3), memulakan kerjayanya dalam bidang model sebelum bergiat aktif dalam lakonan itu dipukul selepas terbabit dalam pertengkaran apabila mangsa menemui teman lelakinya itu sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di rumah teman lelakinya di sebuah kondominium di Damansara, di sini, pelakon lelaki yang turut dilanda kontroversi kerana bergaduh dan mengugut membunuh wartawan tahun lalu, terkejut apabila mangsa tiba-tiba membuka pintu rumahnya.

Difahamkan, pelakon wanita terbabit mempunyai kunci pendua rumah berkenaan dan pergi ke rumah teman lelakinya itu tanpa pengetahuan pelakon lelaki berkenaan kononnya untuk membuat kejutan. - myMetro

2 comments:

  1. apa nak jadi dgn anak2 muda skrg...belum nikah dah buat hal....Akak tau selebriti yg dimaksudkan...doa akak moga kamu berdua kembali ke landasan iman yg betul dan mendpt hidayah dr Allah swt sempena Ramadhan yg akan tiba ini.

    ReplyDelete
  2. penafian telah dibuat oleh Ammar,klu xbetul minta maaf....berita pun dr reporter HMetro.....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu