adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, July 9, 2011

Kenapa Melayu suka menyalahkan bangsa sendiri

NONE


NONE


Hari ini kita saksi himpunan BERSIH yang berlangsung di Kuala Lumpur dalam semangat perpaduan berbilang bangsa. Akak bangga dengan mereka kerana berani memperjuangkan apa itu suara rakyat.

Umum tahu BERSIH diadakan untuk buka mata SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) agar bersihkan badan tersebut dari segala amalan yang berat sebelah.

Tapi yang nak disuarakan di sini adalah sikap orang-orang Melayu sendiri yang suka menyalahkan orang Melayu yang menyertai demonstrasi ini. Siap boleh panggil orang-orang ini BODOH kerana menurut kehendak AMIGA yang berbangsa India. Dari sini sudah wujud isu perkauman.
NONE
Melayu ke ni?
Kalau nak hidup secara aman di bumi Malaysia ini, buanglah sifat perkauman tersebut. Alasan yang diberi kerana Ambiga anti Islam. Ambiga pernah membantu orang murtad kembali keagama asal.

Tapi terfikirkah mereka kenapa simurtad ni kembali ke agama asal. Kenapa para ulamak kerajaan tidak mentarbiahkan simurtad ni kembali ke Islam? Bila dah jadi baru sedar tapi sayang dah terlambat. Cuba dengar keluhan ulamak mualaf tentang masyarakat Melayu yang kononnya Islam sangat dalam penerimaan kita ke atas mereka dalam masyarakat Melayu Islam ni.

Kalau nak tahu semua tuntutan Ambiga tu, kerajaan BN masih "KIV" lagi, kenapa tak ditolak terus? Kalau tak disebabkan bantahan2 dari ulamak-ulamak yang anak2 Melayu gelarkan mereka BODOH dalam situasi BERSIH ini dah lama kerajaan luluskan.

Jangan campur adukkan ugama dalam soal BERSIH ni. Yang diperjuangkan benda mudah aja, BERSIHkan SPR. Tak ada kena mengena dengan agama. Kalau nak cakap pasal agama, orang Melayu yang dok mengutuk tu islam sangat ke, amalan harian dah islamik sangat ke? Sebab tak dapat nak gi clubbing, kutuk lah orang yang memperjuangkan hak kamu. Kesesakan jalanraya pun berpunca dari kerajaan, kalau yang diminta ditunaikan dan tolong awasi, benda seperti ini takkan berlaku melainkan kalau ada PROVOKASI.

Yang bukan Melayu lagi islamik, contohnya Ustaz Ridhuan Tee & Ustaz Ravi, yang selalu dok bagi ceramah kat TV1. Mereka ni bukan Melayu tau..... 

Jadi renung2kan lah dan cermin diri dulu sebelum kata orang BODOH. Kamu semua terlalu banyak diprovokasi oleh media2 kerajaan. Kalau PR tu tak ada yang baik, semuanya jahat, pengganas..... Habis kita ni baik sangat ke? Akak sendiri pun banyak kelemahan & kekurangan, tapi kita cubalah perbaiki & pelajari apa yang berlaku di sekeiling kita ke arah yang lebih sempurna.

Akak bukan ahli mana-mana parti politik. Banyakkan membaca dan buat kajian sebelum nak salahkan orang lain. Dalam erti kata lain CERMIN2kan diri kita sebelum menjatuhkan hukuman ke atas orang lain apa tah lagi kalau kita bukan jadi saksi atau berada di tempat kejadian.

Kemaafan bukan senang diperolehi dari mereka yang kita kutuk sebab kita tak kenal mereka pun. Macammana nak jawab esok di alam sana.

Untuk lebih info, klik kat SINI
sumber dari Malaysiakini.com

2 comments:

  1. manusia mmg xpnh puas dgn apa yg mereka ada..
    yg pnting try to be ourself n ada pndirian hdp. =)

    btw jom komen kt link entry wani ni.

    http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    thx a lot =)

    ReplyDelete
  2. Cik Wani: tkasih atas pandangan ikhlas. Bkn apa akak rasa kecewa sikit dgn bangsa kita ni yg xhabis2 mengutuk. Klu xnak terlibat, lebih baik diam dr buat dosa kering. Rkn2 di luar sana lagi arif ttg apa yg mrk lakukn.

    Kebanyakan adalah NGO yg xterlibat langsung dlm politik, semuanya bijak pandai & arif ttg soal ini...jadi biarkn mrk, kita doakn yg terbaik buat mrk & juga M'sia tercinta.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu