adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, July 22, 2011

Mayat suami, isteri hancur digilis kereta

Suami isteri hancur
foto Harian Metro
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga Indonesia terbunuh dalam keadaan mengerikan selepas tubuh mereka digilis kereta ketika kedua-dua mangsa cuba bangun selepas terjatuh dari motosikal yang dinaiki mereka di Kilometer 424.9 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Bukit Beruntung, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Hadi, 32, dan isterinya, Diana, 30, dilaporkan gagal mengawal motosikal yang dinaiki mereka dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur dan terbabas di tengah lebuh raya.

Pasangan suami isteri terbabit kemudian dikatakan cuba bangun untuk mendapatkan motosikal apabila dirempuh beberapa kenderaan dari arah yang sama kerana keadaan ketika itu yang gelap hingga menyebabkan tubuh mereka berkecai.

Lebih menyayat hati, beberapa anggota badan mangsa hancur dan berkecai serta terseret lebih 10 meter.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sekitar jam 6.15 pagi.

“Ketika pasukan polis tiba di lokasi kemalangan, kami mendapati tubuh badan kedua-dua mereka hancur hingga menyebabkan mangsa gagal dikenal pasti,” katanya.

Katanya, polis turut menemui motosikal mangsa yang dilaporkan terseret sejauh 50 meter di bawah sebuah van di laluan bertentangan. -- BHarian

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu