adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, July 8, 2011

Nota guru jadi penyelamat

KAWAL...anggota polis mengusung suspek untuk hantar ke hospital.
KAWAL...anggota polis mengusung suspek untuk hantar ke hospital.

MUAR: Keberanian seorang guru mempertaruhkan keselamatan dirinya dengan melontar nota melalui tingkap memberi maklumat berharga kepada polis berhubung keadaan tebusan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids, Taman Sungai Abong Cemerlang membolehkan pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) merancang serbuan tanpa menyebabkan kecederaan semua tebusan.

Difahamkan, menyedari ada guru yang berani memberikan maklumat, anggota polis memanjat dan bergayut pada tingkap premis berkenaan untuk berkomunikasi dengan guru berkenaan sebelum memberikan arahan kepada mangsa supaya mengunci pintu bilik dan menyendal pintu masuk.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Jalalluddin Abdul Rahman berkata, tindakan berani guru berkenaan memberi peluang kepada pihaknya mengatur operasi menyelamat selepas mengetahui lokasi sebenar mangsa dikurung.

“Dalam nota itu guru terbabit memaklumkan dia bersama tiga lagi guru dan 30 murid dikurung dalam bilik di tingkat atas dan semua mereka selamat.

“Kami terus berkomunikasi dengan guru berkenaan hinggalah mereka diselamatkan selepas sepasukan pegawai dan anggota UTK menggempur premis berkenaan,” katanya.

Hasil gerakan itu, suspek ditembak di kepala dan dibawa keluar dari premis jam 3.45 petang dengan kepala berbungkus dipercayai akibat cedera ditembak. 

Tebusan pertama dibawa keluar dari pusat jagaan berkenaan pada jam 4.02 minit petang, diikuti empat guru pada jam 5 petang dan semua dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.  - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu