adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, July 16, 2011

Permaisuri Agong terima Anugerah BrandLaureate Royal Quintessential

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah menerima anugerah dari presiden BrandLaureate, Dr K.K. Johan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur semalam. — foto Bernama
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dianugerahi Anugerah BrandLaureate Royal Quintessential oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) pada satu majlis di Istana Terengganu, di sini, semalam.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden The BrandLaureate Dr KK Johan. Turut hadir ialah CEO The BrandLaureate Chew Bee Peng dan anggota lembaga APBF. 

Membacakan kata-kata penghargaan bagi anugerah itu, Chew berkata, Tuanku Zahirah merupakan contoh bagi semua rakyat Malaysia dan dunia amnya.

“Keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat Malaysia diiktiraf banyak pihak dan amat dihargai dan Tuanku sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik. 

“Menerusi pelbagai inisiatif kebajikan yang diusahakan Tuanku seperti Yayasan Tuanku Nur Zahirah, membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pengukir tempatan di Terengganu dan pada masa yang sama membantu memperomosikan dan memulihara kraf dan warisan asli,” katanya.

Anugerah BrandLaureate Royal Quintessential 2011 diasaskan oleh Asia Pacific Brands Foundation untuk mengiktiraf personaliti unggul yang pencapaian mereka mempamerkan ciri-ciri kejayaan mereka. -Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu