adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, July 14, 2011

Pilih makan ikut iman

logo halal
  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

KUALA LUMPUR: Pengguna terutama beragama Islam seharusnya mewujudkan desakan supaya pemilik restoran atau hotel mendapatkan sijil halal sah dan menggunakan logo Halal Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menjamin status halal makanan disediakan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, jika tiada desakan daripada pengguna, pemilik restoran atau hotel tiada inisiatif mendapatkan sijil halal Jakim dan hanya menggunakan istilah halal bagi menarik pengguna Islam.

“Masalahnya, jika hanya menggunakan istilah halal, kita sendiri tidak tahu daripada mana sumber makanan yang digunakan akhirnya menyebabkan pengguna terkeliru.

“Sedangkan halal itu bukan saja mengambil kira sumber makanan digunakan malah meliputi banyak aspek lain, seperti proses pembuatan, tempat penyimpanan dan kebersihan.

“Tindakan larangan penggunaan istilah halal oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu langkah yang dipuji dan tepat pada masanya kerana kita bimbang orang Islam akan berterusan dihidangkan makanan yang tidak diyakini status halalnya,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Yusof berkata, walaupun penggunaan sijil halal bukan paksaan namun khuatir penyediaan makanan tidak menepati kehendak syarak walaupun restoran itu dimiliki orang Islam.

“Contohnya, terdapat banyak restoran pemiliknya beragama Islam tidak mendapatkan sijil halal kerana yakin makanan disediakan halal, namun kita tidak pasti sama ada restoran mereka benar-benar mengutamakan kebersihan atau tidak malah ada yang tidak mengambil berat daripada mana datangnya sumber makanan,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai larangan penggunaan istilah atau perkataan halal oleh pemilik hotel dan restoran sebaliknya perlu menggunakan Logo Halal Malaysia saja selepas mendapat status jaminan itu daripada Jakim atau Jais.

Semua pemilik atau pengusaha restoran yang enggan berbuat demikian akan dikenakan tindakan pihak berkuasa kerana perintah larangan itu sudah dikeluarkan terhadap semua pengusaha produk makanan.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Ahmad Zaki Ismail berkata, larangan berkenaan harus dicontohi jabatan agama negeri yang lain selain mewujudkan kerjasama dengan Jakim untuk memastikan produk makanan dikeluarkan pengusaha terjamin halal.

“Proses mendapatkan sijil halal melalui prosedur yang ketat malah Jakim sememangnya sudah diketahui mempunyai pengalaman yang luas dalam pensijilan halal.

“Pengguna juga perlu bijak memilih makanan dengan mengikut iman bukan hawa nafsu semata-mata selain menyokong hanya produk atau restoran makanan yang mendapat sijil halal Jakim saja,” katanya. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu