adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, July 21, 2011

‘Saya tekad bantu Aleesha’


KUALA TERENGGANU: “Seluruh masyarakat dunia boleh menghentam, mengkritik Aleesha (Mohd Ashraf Hafiz) keji atau berdosa, tetapi saya sudah bertekad membantunya kerana kita bertanggungjawab melakukannya.

“Dia hanya mahukan sebuah kehidupan yang selesa, tapi bayangkan jika kita tidak bantu dia (Aleesha) dan akibat kesukaran menjalani kehidupan dengan jantina berbeza, dia berakhir di lorong-lorong.

“Siapa yang akan tanggung dosanya nanti. Kita semua bertanggungjawab,” kata Horley Isaacs, peguam kepada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 26, yang gagal dalam permohonannya untuk menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin lalu.

Menurutnya, beliau yakin Aleesha akan menghubunginya dalam masa terdekat untuk membuat rayuan kes itu kerana dia satu-satunya peguam tampil membantu lelaki mencetuskan kontroversi itu atas dasar kemanusiaan.

Isaacs berkata, setakat ini beliau belum dihubungi Mohd Ashraf Hafiz yang lebih mesra dipanggil Aleesha untuk membuat rayuan kerana mereka mempunyai 14 hari daripada tarikh keputusan kes membuat rayuan.

Katanya, beliau akan membantu Aleesha dalam rayuan itu berpegang kepada semangat pemohon itu sendiri yang sudah menyatakan kepada akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd kelmarin bahawa dia akan terus berjuang berlandaskan segenap lunas perundangan yang ada untuk membolehkan tujuannya tercapai.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa, menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Isaacs berkata, kesediaannya membantu Aleesha membawa kesnya ke Mahkamah Tinggi dengan percuma selepas tiada peguam lain dibuat atas dasar ingin menolong dan bukan berlandaskan faktor kewangan.

“Ini bukan mengenai duit, tetapi ini adalah kebajikan. Saya tahu, ramai orang Terengganu tidak mampu membayar kos guaman tinggi seperti kes ini, sebab itu saya bantu.

“Sebagai seorang bapa, saya sangat terpanggil membantu anak muda ini kerana apa yang berlaku padanya boleh berlaku kepada sesiapa saja.

“Sebab itulah saya gunakan kedudukan saya sebagai peguam membantu Aleesha mencapai maksudnya. Sebagai balasansaya cuma berharap pada masa depan, orang lain membantu pula anak atau saudara saya jika mereka ada masalah,” katanya ketika dihubungi semalam. - myMetro

1 comment:

  1. akak mmg bersimpati dgn nasibnya,alhamdulillah ada juga insan yg baik hati sudi menolongnya. Klu kita di tempat dia mungkin kita tahu apa yg dirasanya. Tapi kalau berkaitan dgn hukum Islam, akak xberapa arif dlm soal ini, biarlah YG ESA menentuknnya.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu