adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, July 22, 2011

Sorok dadah dalam buku


 LIAH (kiri) menunjukkan rampasan dadah yang disorok dalam buku pada sidang media di pejabatnya di Nilai, semalam.
LIAH (kiri) menunjukkan rampasan dadah yang disorok dalam buku pada sidang media di pejabatnya di Nilai, semalam.
NILAI: Helah seorang penuntut kolej warga Nigeria mengubah suai enam buku ilmiah antarabangsa bagi menyembunyikan dadah gagal memperdaya pihak berkuasa apabila ditahan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, kelmarin.

Difahamkan, warga asing berusia 25 tahun itu memotong bahagian tengah dua kamus dan empat buku berbahasa Inggeris dalam bentuk empat segi bagi menyembunyikan dadah.

Dalam operasi kira-kira jam 11.53 malam itu, Bahagian Narkotik KDRM menahan lelaki itu yang baru tiba dari Dubai menaiki pesawat Emirates Airline EK342.

Timbalan Pengarah Cawangan Narkotik Ibu Pejabat KDRM, Liah Omar berkata, hasil imbasan mesin pengimbas terhadap bagasi dibawa menunjukkan imej mencurigakan.

“Selepas pemeriksaan rapi terhadap bagasinya, kami menemui enam buku tebal dalam keadaan mencurigakan di atas setiap helaian baju lelaki itu,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, apabila buku itu diperiksa, pihaknya mendapati setiap helaian buku berkenaan sukar diselak dan seperti digam.

“Kami dapati buku ditebuk di bahagian tengah dan digam rapi bagi mengelak pihak berkuasa mengesan bahan terlarang itu.

“Selepas dikoyak helaian setiap muka surat buku itu, kami menjumpai bahan kristal jernih disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu,” katanya.

Beliau berkata, anggaran kasar dadah berkenaan seberat lapan kilogram dengan anggaran nilai RM2 juta. Malah, ketika ditahan warga asing itu berlagak alim dengan membawa kitab agama di tangan.

“Siasat mendapati suspek pelajar sebuah kolej di ibu kota dan sudah memasuki negara ini sejak 2008.

“Dia direman seminggu dan siasatan dilakukan pelbagai sudut termasuk tempoh dia aktif membawa barang terlarang itu,” katanya.

Selain dua kamus Oxford Advanced dan Chambers, 21 Century Dictionary buku diubahsuai ialah Pillars of Destiny; My Life Bill Clinton; Family Health and Medical Guide dan The Law of Success. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu