adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, July 6, 2011

Sya'ban menjengah lagi

Hari Ahad lepas, 1hb Sya'ban, kami ambil kesempatan mengadakan kenduri tahlil dan juga kenduri untuk menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Biasa la....kalau area Melaka maupun Negeri Sembilan akan mengadakan kenduri. Orang kampung panggil bulan Sya'ban ni bulan kenyang.

Boleh dikatakan sepanjang Sya'ban ni, majlis kenduri aje di seluruh kampung, sampai Pak Imam kena set time ikut giliran sebab dah fully booked. Kami bernasib baik sebab Pak Long Talib ada untuk bacakan doa, tak yah nak pening2 cari imam.

Kat bawah ni adalah sekeping dua foto2 untuk dikongsi dan jadikan kenangan kami sepanjang kenduri berlangsung.
mak sedara & adik iparku sedang leka mengentel buah melaka

adikku, Ina buat sentuhan terakhir buah melaka, kuih wajib dibln Sya'ban

juadah yang disediakan untuk para tetamu
Apa2 pun yang penting ikhlas......disamping dapat berjumpa dengan adik-beradik. Umum kan tahu masa nilah kami dapat berkumpul sebab hari2 biasa semua sibuk dengan urusan masing2. Maklumlah, ada yang duduk di KL, Nilai, Pantai & Seremban.

Cuma 2 dara ku tak dapat hadir dalam majlis ni, sebab along kat UITM Machang manakala angah pula latihan PLKN....frust la jugak sebab kalau ada mereka lagi lancar kerja kat dapur.

Yang di Kelantan tak dapat datang....jauh....tak pa lah, kalau umur panajang, kita jumpa di Hari Raya nanti.

Sabtu ni, 7hb Sya'ban, rumah atas iaitu rumah mak sedara pulak nak kenduri....nanti kalau sempat shoot foto, akak story lagi.....k.

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu