adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, July 2, 2011

Tiada Isu Dira & Zizan Kendalikan 'Melodi'


Dira Abu Zahar. - Foto ihsan TV3
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Khaidhirah Abu Zahar (Dira), 27, mengakui semakin serasi dengan Zizan (Raja Lawak) mengendalikan program televisyen, Melodi biarpun ada pihak mempertikaikan mereka sebelum ini.
Menurut Dira, sebagai pengacara bersama mereka saling menghormati dan membantu di antara satu sama lain bagi melancarkan penyampaian program kesukaan ramai itu.
"Setakat ini, kami tiada masalah bekerjasama. Selepas tiga bulan mengacarakan Melodi, kami semakin serasi.
"Tidak timbul isu Zizan kurang komited atau tidak fokus sehingga memaksa saya menyelamatkan keadaan pada kebanyakan masa ketika kami bersiaran.
"Biarlah apa pun orang hendak kata tentang saya atau Zizan, tetapi kami tahu di mana kekuatan dan kelemahan masing-masing," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.
Ditanya tentang perancangannya untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang juga jurugambar, Mohd Helmi Mohd Yusof pada 11 November depan, Dira berkata, jika tiada halangan mereka akan bergelar suami isteri pada tarikh itu.
Katanya, majlis akad nikah itu akan diadakan di rumah keluarganya di Merlimau, Melaka dalam suasana yang sederhana, manakala majlis resepsi pula akan berlangsung di Kuala Lumpur dua hari selepas itu.
"Setakat ini, kami masih lagi sibuk dengan kerja masing-masing. Insya-Allah, jika tiada aral kami akan kekalkan tarikh pilihan itu dalam suasana sederhana.
"Apa pun, semuanya masih terlalu awal dan banyak persiapan sedang dilakukan sedikit demi sedikit kerana kekangan masa kami," katanya.
Menyentuh tentang kerjaya lakonan pula, ibu tunggal ini berkata, rezekinya dalam lakonan kian meningkat sejak mengendalikan Melodi bermula 3 April lalu.
"Apa yang saya perhatikan, tawaran lakonan semakin bertambah sejak mengacarakan Melodi. Saya bersyukur di atas segala peluang dan kepercayaan yang diberikan.
"Saya baru saja selesai penggambaran drama Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima dan filem Papadom 2 (Afdlin Shauki).
"Kalau tiada aral, selepas ini saya akan ke lokasi filem Azazil (Kabir Bhatia) dan Tiga Rasa arahan kawan saya, Bront Palarae pula," katanya.
Lakonan terbaru Dira sebagai isteri keempat bernama Umairah boleh ditonton dalam drama bersiri Tahajjud Cinta bermula 8 Julai ini, pukul 9 malam di TV3. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu