adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, July 7, 2011

Wakil Rakyat PKR Sahkan Jemput Wardina Beri Motivasi


Wardina
PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, yang mendakwa tidak mengetahui karnival mesra rakyat di Desa Mentari di sini pada 26 Jun lalu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya mendapat undangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Wakil rakyat PKR itu berkata, Wardina telah mengetahui majlis berkenaan berdasarkan jemputan peribadi yang dilakukannya bagi menghadiri acara kemasyarakatan anjuran DUN kawasan itu.
Nik Nazmi berkata, dia mengundang Wardina bagi menyampaikan motivasi keibubapaan selain atas kapasiti selebriti itu sebagai sahabatnya.
“Saya secara peribadi menjemputnya (Wardina) untuk hadir menyampaikan motivasi ibu bapa. Wardina merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon Muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum,” katanya dalam satu kenyataan media menerusi blognya, niknazmi.com, Rabu.
Pada 29 Jun lalu pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu membuat sidang media bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Nik Nazmi Nik Ahmad
Dalam sidang media itu Wardina menjelaskan tidak mengetahui majlis kemasyarakatan tersebut anjuran PKR sebaliknya dia hadir atas jemputan individu tertentu dan hanya dimaklumkan ia anjuran parti pembangkang sebaik tiba di lokasi berkenaan.
Nik Nazmi berkata, acara mesra rakyat itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan-Persatuan Penduduk Desa Mentari.
Selain Wardina katanya, ia turut dihadiri oleh selebriti sukan tanah air antaranya ikon bola sepak negara, Safee Sali dan beberapa pemain bola sepak Selangor yang memenangi Piala Suzuki AFF iaitu Amri Yahyah, Razman Roslan, Asraruddin Putera Omar, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan penulis terkenal, Uthaya Sankar SB.
Dalam bloq tersebut juga Nik Nazmi turut memohon maaf kepada Wardina, kerana kehadirannya itu telah menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.
Beliau turut meminta semua penulis bloq agar menghentikan tindakan menyerang Wardina selain menghormati keputusan mana-mana artis yang hadir dalam apa juga program kemasyarakatan tanpa memikirkan siapakah penganjurnya.
“Saya mengeluarkan kenyataan ini kerana mahu mempertahankan Wardina demi kepentingan masyarakat tanpa niat lain,” katanya.
Sementara itu Wardina yang sebelum ini tidak mendedahkan siapakah individu yang menjemputnya untuk ke majlis itu mengakui sememangnya mendapat jemputan peribadi daripada Nik Nazmi.
Katanya, dia akan terus memberi ceramah jika dijemput oleh sesiapa sahaja tidak kiralah di kalangan pemimpin pembangkang ataupun sebaliknya asalkan ceramah itu tiada kaitan dengan politik.
“Saya akan terus bagi ceramah yang ada kaitan dengan masyarakat tetapi saya akan tolak jika ia adalah ceramah politik. Selain itu saya akan lebih berhati-hati lagi selepas ini,” ujarnya.
Wardina berkata, dia mempunyai peminat di kalangan mereka yang mempunyai fahaman politik berbeza dan wajar memberi kerjasama kepada kedua-dua kelompok berkenaan.
Selain itu Wardina yang mengambil cuti dua bulan sebagai pengacara MHI kerana mahu menenangkan fikiran akan kembali menyambung semula tugasnya pada bulan Ramadan ini. - mStarOnline

1 comment:

  1. biasa la tu, kebanyakan manusia terutama org melayu krn aku juga melayu terlalu cepat menghukum/mempercayai tanpa usul periksa.

    Prinsip akak, klu kita x ada ditmpt kejadian & bkn saksi, jadi kita xberhak utk bersuara hanya berdasar pd gambar maupun video. FITNAH itu bahaya.

    Zmn skrg org boleh lakukn apa saja utk menyedapkn FITNAH mereka, lebih baik jauhkn dr mngIYAkn benda yg kita sendiri xtau.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu