adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, August 31, 2011

Faizal Hussein Beraya Sebagai Yatim Piatu


Faizal Husin
KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Hussein, 43, menyatakan sambutan lebaran tahun ini agak memilukan kerana pertama kali dia bersama adik beradiknya Dilla, 47, dan Fairuz, 45, beraya sebagai anak yatim piatu.
Kata Faizal, kerana itu, Aidilfitri kali ini disambut ala kadar sahaja selain mengadakan majlis tahlil untuk ibunya, Mahyon Ismail, yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu dan bapa, Hussein Abu Hassan (26 November 2007).
"Mungkin inilah kenangan raya yang paling pahit buat kami lebih-lebih lagi tidak dapat merasa air tangan ibu yang menjadi makanan kegemaran kami iaitu ayam masak “klio” (masakan Minang).
"Justeru itu, Hari Raya kami lebih beri fokus dengan majlis tahlil yang akan diuruskan oleh ahli keluarga kami," katanya.
Tambah Faizal, walaupun beraya tanpa ibu dan ayah di sisi, menjadi perkara wajib buat dia dan adik beradiknya membahagikan kerja di mana Faizal bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan rumah.
"Biasanya kami akan beraya di Kuala Lumpur (KL) dahulu dan kemudian barulah pulang ke kampung di Johor Bahru, jadi mungkin kami akan balik ke kampung selepas Hari Raya kedua.
"Dan mungkin juga kakak saya yang akan mengambil alih tempat ibu untuk acara memasak," ujarnya.
Bagaimanapun, kata Faizal, dia tidak boleh cuti lama kerana selepas Hari Raya kelima, pelakon itu perlu ke set penggambaran bagi filem menjayakan lakonan terbarunya iaitu Khon Malay, arahan Abu ya terbitan syarikat produksi NorthStar Acres. - mStarOnline

Saturday, August 20, 2011

Iklan Seksi, Pengurusan Nurul Minta Maaf


Nurul Wahab
PETALING JAYA: Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.
Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.
"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.
"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Paparan iklan promosi raya yang menunjukkan gambar Nurul berpakaian seksi.
Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.
"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.
"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.
Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.
Nurul kini berada di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri sebuah sidang perniagaan. - mStarOnline

Friday, August 19, 2011

‘Kami dah bercerai’

Ainina Ahmad B, dua dari kanan bersama barisan pelakon drma Beret Hijau (mStar)


PETALING JAYA: Pelakon Ainina Ahmad B, 40, mengaku bercerai dengan vokalis kumpulan Mega, Rahmat Tohak, 42, pada Januari lalu berikutan tidak tahan dengan tekanan pihak tertentu.

"Ya, kami bercerai Januari lalu selepas sekian lama saya bersabar. Selepas berbincang dengan Abang (Rahmat) secara baik, kami bersetuju mengakhiri perkahwinan kami," kata Ainina, 40, ketika ditemui pada majlis pelancaran program hari raya TV3 dan TV9 di sini, semalam.

Ainina berkata, keputusan berpisah itu diambil bukanlah kerana mereka bergaduh atau tidak sehaluan pendapat, sebaliknya terpaksa diambil demi menjaga hati pihak tertentu. Ainina berkata, pada awalnya sukar Rahmat melepaskan dia, tetapi bekas suaminya akur selepas melihat dia tidak mampu lagi bersabar dengan tekanan daripada pihak terbabit.

"Walaupun masih ada perasaan cinta terhadap Abang, saya sanggup berkorban melawan perasaan itu. Apabila keputusan ini dibuat, saya hanya mampu menangis kerana terpaksa melepaskan orang yang masih saya sayangi.

"Bagaimanapun pada masa sama, saya rasa terlepas beban selepas bercerai. Saya juga enggan rujuk semula dan anggap hubungan kami sebagai kawan.

"Memang keputusan ini sesuatu yang berat dan sukar tapi saya lakukannya selepas difikir masak-masak. Awalnya, saya beritahu ibu mengenai hasrat bercerai dan meminta dia jangan menangis. Selepas itu saya beritahu Abang sedia berpisah.

"Sepanjang perkahwinan hingga sekarang, Abang seorang yang baik. Dia adil dan tidak abaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam rumah tangga. Tapi mungkin jodoh kami hanya sampai di situ.

"Sekarang saya kembali sibuk berlakon dan Abang sanggup sediakan pembantu rumah bagi menjaga anak kami. Anak pun faham keadaan kami sekarang," katanya yang kembali berlakon selepas 10 tahun berehat. Ainina berkata, dia dan Rahmat tiada masalah duduk berbincang membesarkan dua anak   mereka, Nur Ariana Rahmat, 9, dan Nur Ara Elisha, 2, hasil perkahwinan dibina 11 tahun.

"Kami tidak mahu anak kehilangan dan ambil keputusan keluar bersama-sama sekiranya ada kelapangan," katanya.

Ainina turut menafikan perceraiannya menjadi faktor dia berlakon semula. Katanya, tawaran berlakon datang ketika dia melalui proses bercerai. Dia mula berlakon drama bersiri Beret Hijau terbitan Global Network dan terbaru, Sekering Jiwa Ente terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang akan ditayangkan menerusi TV9 pada hari raya ketiga.

Sementara itu Rahmat ketika dihubungi berkata, keputusan ini elok dan baik untuk semua orang kerana mereka ada anak yang perlu diberi perhatian. Walaupun sedih keputusan itu terpaksa diambil selepas memikirkan untuk jangka panjang.

"Kami masih sama-sama berada dalam industri seni, jadi kami berjumpa dan berkawan. Keputusan berpisah diambil kerana inilah satu-satunya pilihan yang ada. Apabila bertukar perasaan sebagai kawan, kami takkan berasa apa-apa lagi. Niat kami untuk kebaikan semua selain anak takkan diabaikan," kata penyanyi lagu Takdir Dan Waktu ini. - myMetro

Fedtri Yahya Masih Sedih Isteri Keguguran


PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, mengakui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.
Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.
Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.
“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.
“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan keguguran,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Raya TV3 dan TV9, di sini, Khamis.
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.
Biarpun masih bersedih, namun Fedtri menerima kenyataan bahawa belum dikurniakan rezeki dan menganggap ada hikmah di sebalik keguguran tersebut.
“Siapa tak sedih, semasa mendapat tahu isteri mengandung, saya paling teruja namun saya faham bukan rezeki saya untuk menimang cahaya mata.
“Apa yang penting isteri saya selamat dan saya faham perasaan dia selepas keguguran lebih sedih berbanding saya,” ujarnya.
Tambah Fedtri selepas kejadian tersebut, dia beberapa hari menjaga isterinya di rumah.
“Saya tidak cuti tapi saya kerap pulang ke rumah untuk menjenguk dan masak untuk dia.
“Itu juga pengalaman yang sangat berharga kerana sebelum ini saya hanya jaga diri sendiri tetapi kini ada tanggungjawab menjaga orang lain pula,” katanya.
Dalam pada itu, bercerita kehidupan selepas berumah tangga, Fedtri mengakui dia lebih bahagia dan sering menghabiskan masa di rumah.
“Kehidupan saya hanya di pejabat dan rumah, jika tiada kerja saya duduk saja di rumah. Isteri saya seorang yang rajin memasak dan saya pula pemakan,” ujarnya berseloroh. mStarOnline

Thursday, August 18, 2011

Rabbani Junior Teruskan Legasi Rabbani


Kumpulan Rabbani kini terdiri daripada lapan orang ahli sahaja. Foto ROHAIZAT MD DARUS
PETALING JAYA: Selepas 20 tahun perjuangan karier kumpulan nasyid popular, Rabbani, kini Rabbani Junior bakal menyusul mengikut jejak langkah 'senior' mereka.
Menurut wakil daripada kumpulan Rabbani, Azadan Abd Aziz, Rabbani Junior dianggotai seramai sembilan orang yang terdiri daripada anak-anak anggota kumpulan itu.
"Sebenarnya, sudah lama bekas ketua kumpulan kami, Allahyarham Ustaz Asri berhasrat menubuhkan Rabbani Junior. Memandangkan sebelum ini Asri menjadi ketua kami, maka anak keempatnya, Mohd Ilham Fikri yang menjadi ketua kumpulan tersebut.
"Ketika Asri masih lagi hidup, dia tidak sedar mengenai bakat terpendam anaknya itu, tetapi selepas pemergiannya, barulah kami sedar, Fikri mewarisi bakat ayahnya," katanya.
Tambah Azadan, Rabbani Junior pernah mengadakan persembahan pada konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati, Shah Alam pada Julai tahun lalu dan bakal muncul dengan “single” terbaru mereka pada tahun hadapan.
Walaupun masih baru penubuhannya, Rabbani Junior sudah mula memenuhi jemputan undangan persembahan dan buat masa ini, mereka membawakan lagu-lagu Rabbani yang pernah popular dahulu.
Fikri (atas kanan), bersama ibu dan adik beradiknya.
Bagaimanapun, kata Azadan, kehadiran Rabbani Junior tidak bermakna Rabbani akan berhenti terus daripada bidang nyanyian nasyid, tetapi mengakui, ingin memperlahankan sedikit karier kumpulan itu.
"Kemunculan Rabbani Junior adalah untuk meneruskan perjuangan Rabbani kerana saya percaya, satu hari nanti, Rabbani tidak boleh aktif lagi seperti biasa.
"Selain itu, kami juga ingin mencari bakat baru kumpulan nasyid lain sebagai 'produk' baru kepada syarikat baru yang akan ditubuhkan nanti iaitu Rabbani Studio," ujarnya.
Kata Azadan, studio tersebut akan dibuka di Bandar Manjalara, Kepong dalam masa terdekat ini dan selepas itu ia akan memudahkan lagi kerja-kerja belakang tabir kumpulan itu.
"Studio kami sudah pun siap sepenuhnya dan segala proses rakaman akan dilakukan di situ.
"Malah, jika sebelum ini kami banyak mengambil komposer luar, kini dengan penubuhan studio baru kami, Rabbani akan menghasilkan lagu-lagu sendiri," tuturnya lagi. - mStarOnline

Saturday, August 13, 2011

Bekas Suami Tergamak Rogol & Simbah Cecair Peluntur Pada Bulan Puasa


KUALA LUMPUR: Polis menahan bekas suami kepada seorang wanita yang dilaporkan diperkosa sebelum disimbah asid di rumahnya di Wangsa Maju Rabu lalu.
"Suspek yang berumur 30-an ditahan ketika melawat mangsa di Hospital Kuala Lumpur. Seutas rantai dipercayai kepunyaan mangsa turut dirampas daripada suspek," kata Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan kepada Bernama.
Beliau juga berkata, berdasarkan keterangan serta pengakuan suspek sendiri, kejadian tersebut adalah bermotifkan dendam kerana masalah rumah tangga.
Kejadian itu berlaku ketika suspek menceroboh rumah mangsa sebelum mangsa pulang daripada membeli juadah untuk berbuka puasa.
Mangsa kemudiannya dikatakan dirogol dan turut disimbah asid sementara rantai lehernya turut diragut.
Zakaria bagaimanapun berkata, mangsa hanya cedera dua peratus pada mukanya kerana asid yang dikatakan disimbah itu hanya merupakan cecair peluntur.
Wanita berkenaan mempunyai tiga orang anak berumur antara 3 hingga 11 tahun dan sudah bercerai sejak setahun yang lepas. - mStarOnline

Friday, August 12, 2011

Anak Lelaki Chef Wan Ingin Lamar Ana Dahlia


Chef Riz
KUALA LUMPUR: Anak teruna Datuk Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri, 30, mengakui sudah bersedia untuk menjadikan pelakon filem Mantera, Ana Dahlia, 28, sebagai calon isteri selepas enam bulan berkenalan.
Mohd. Nadzri atau lebih mesra dengan panggilan Chef Riz berkata, majlis pertunangan mereka akan diadakan sebelum hujung tahun ini tetapi enggan mendedahkan tarikhnya kerana ia masih dalam perbincangan.
“Insya-Allah, saya sudah terbuka untuk menjadikan Ana sebagai calon isteri saya. Hubungan kami mendapat restu kedua orang tua termasuklah ayah saya sendiri iaitu Chef Wan,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di sini, Rabu.
Hubungan cinta kedua-dua pasangan tersebut berjaya dihidu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian warna biru sedondon pada majlis itu.
Riz yang juga pemilik restoran On The Table dan syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd. di Solaris, Damansara di sini berkata, hatinya terpaut kepada Ana kerana melihat sifat kewanitaan yang menebal dalam diri wanita itu sepanjang hubungan mereka berjalan.
Ana Dahlia
Katanya, Ana juga seorang yang suka menikmati apa juga makanan sementara dia pula gemar memasak.
“Dia suka makan, saya suka masak. Bila kami berjumpa, kami selalu berborak mengenai masakan. Bermula dari situlah kami menjadi semakin mesra dan bertambah serasi,” katanya.
Selain faktor itu kata Riz hatinya terpikat kepada Ana selepas mencuba masakan rendang daging dan kangkung goreng belacan yang dimasak pelakon itu, memenuhi cita rasa seperti air tangan seorang chef.
Ditanya mengenai detik percintaan mereka kata Riz, kakaknya iaitu pelakon Serina yang merupakan kawan baik Ana telah menjadi orang tengah mempertemukan mereka.
Katanya pada mulanya dia tidak terbuka hati untuk menjadikan Ana sebagai kekasih sehinggalah pada suatu hari mereka membuat keputusan berkenaan selepas melihat keserasian yang ada.
“Saya tidak malu untuk berterus terang mengenai hubungan kami kerana saya lebih selesa bersikap jujur. Memang benar saya mencintai dia dan sedang merancang untuk majlis pertunangan sebelum berumah tangga,” katanya yang berhasrat bergelar suami secepat mungkin.
Mengenai reaksi Chef Wan pula kata Riz, ayahnya tidak menghalang hubungan mereka itu tetapi dia selalu memberi nasihat agar menjaga batas-batas sebagai orang bercinta.
Sementara itu Ana yang malu-malu apabila membicarakan mengenai hubungan mereka berkata, sikap Riz yang peramah dan pemurah menyebabkan dia jatuh hati untuk menerimanya sebagai kekasih.
Kata Ana, kehebatan seorang lelaki yang boleh memasak adalah faktor berganda yang menyebabkan perasaan sayang itu bertambah menebal.
“Seperti yang dia cakaplah. Dia suka masak, saya pula suka makan. Jadi tidak salah saya katakan makanan telah menyatukan hubungan kami,” ujarnya. - mStarOnline

Thursday, August 11, 2011

'Ustazah Pilihan' Lebih Sukar Kerana Aurat


Barisan peneraju Ustazah Pilihan, mursyidah Zawiah Hassan dan Dr Muhaya Hj Hamad, mudirah Dr Robiah K Hamzah dan pengacara Siti Rohani Surani. - Foto oleh M. AZHAR ARIF
KUALA LUMPUR: Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar mengakui penerbitan program pencarian terbaru Astro Oasis iaitu Ustazah Pilihan (UP) adalah lebih sukar dan mencabar berbanding Imam Muda (IM) sebelum ini.
Menurutnya, selain berdepan cabaran untuk menyenaraikan 10 peserta program itu, UP turut mencabar daripada aspek penerbitan kerana ia melibatkan isu aurat dan penampilan muslimah di televisyen.
"Saya akui penghasilan program UP ini jauh lebih mencabar dan rumit berbanding IM. Memandangkan ia melibatkan kaum wanita, secara tidak langsung kita juga perlu peka dengan isu aurat, penampilan dan kemunculan peserta di televisyen.
"Kita akan cuba elakkan paparan sepenuhnya tubuh para peserta atau mungkin paparan separuh badan bagi benar-benar menjaga kandungan dan pengisian program ini agar bersesuaian dengan syariat dan hukum.
"Namun saya percaya jika setiap benda yang mencabar dan sukar itu dapat dilaksanakan, ia akan memberikan impak yang besar," katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan barisan pengajar dan pengacara program berkenaan di Hilton KL Sentral, di sini, Isnin.
Pengurus saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar
Pada majlis itu, pakar motivasi Dr Robiah K Hamzah diperkenalkan sebagai pengetua (mudirah) serta dibantu oleh dua pengajar (mursyidah) iaitu Dr Muhaya Hj Hamad dan Zawiah Hassan.
Ia diacarakan oleh pengacara wanita juga penyampai radio Ikim FM, Siti Rohani Surani.
Menjelaskan tentang pembabitan kaum wanita sepenuhnya dalam UP, Izelan berkata, keputusan tersebut adalah bertepatan atas pertimbangan hanya kaum wanita saja yang paling memahami dan dekat dengan wanita yang lain.
"Secara fitrahnya, hanya kaum wanita saja yang paling layak untuk memimpin para peserta UP dalam usaha untuk membentuk seorang ikon muslimah berpotensi.
"Pemilihan tiga pendakwah wanita yang juga ibu dan ahli akademik ini adalah untuk membimbing pembentukan keperibadian dan ilmu para peserta nanti," katanya.
Sementara itu, pengetuanya (mudirah) Dr. Robiah K Hamzah pula menyifatkan pemilihan kaum wanita sebagai peneraju program tersebut adalah bertujuan untuk mencari barisan muslimah pelapis yang boleh menjadi ikon dan pendakwah yang dihormati kelak.
Mudirah Dr Robiah K Hamzah
Malah, Robiah sama sekali tidak melihat pemilihan tersebut bakal mengaburi peranan kaum lelaki sebagai pemimpin.
"Kaum wanita adalah penyokong dalam segenap aspek kehidupan seorang lelaki. Sejak zaman nabi lagi, sudah banyak kisah dan contoh yang membuktikan kemampuan wanita untuk memimpin dan memberikan sumbangan.
"Saya tidak pernah berhajat untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab lelaki. Terus-terang, ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan untuk kita mencari pelapis muslimah," katanya sambil berharap agar pembabitan wanita dalam program itu tidak akan disalahertikan oleh mana-mana pihak.
Sepuluh peserta UP akan diumumkan dalam masa dua minggu lagi sebelum ia mula bersiaran pada awal Oktober depan di Astro Oasis (saluran 106). - mStarOnline

Awas! Dakyah Kristian

Akak ada benda nak kongsi dgn pelawat2 ruangan akak.

Benda ni mustahak sangat tambahan dgn berleluasanya kejadian murtad di kalangan org2 Islam.

Cuba kau org klik mana2 address bloggers yang kau org kenal yg menggunakan blogspot. Contoh akak punya address http://ayahbob.blogspot.com/  TAPI kali ini jangan taip blogspot cuma taip ayahbob.blogpot.com

Agak2 apa yg kau org dpt tengok.......

Ha! jgn terperanjat...... kita sebenarnya telah memasuki web Mega site of Bible studies.

Cerdik dia org ni kan..... secara halus masuk jarum.... cuma typing error aje....termiss huruf "s" aje, kita dah ke sana.

Kalau tak caya, cuba lah guna address blog masing2..... 

Selamat mencuba....jgn terpedaya dah... dgn ajaran mereka klu sayangkn akidah kita.....

‘Saya bertuah’

TABAH...Muhamad Hairuman kini menggunakan kerusi roda.
TABAH...Muhamad Hairuman kini menggunakan kerusi roda.


SLIM RIVER: Biarpun dugaan dihadapinya maha hebat apabila kedua-dua tangan dan kaki kiri dipotong akibat terkena renjatan elektrik November tahun lalu, Muhamad Hairuman Miskon ternyata anak muda berjiwa kental apabila tetap berkeyakinan tinggi untuk meneruskan kehidupannya.

"Saya tidak menganggap dunia sudah berakhir, sebaliknya berasa diri bertuah kerana masih 'dipinjamkan' Allah sebelah kaki lagi untuk meneruskan kehidupan.

"Saya juga tidak rasa bernasib malang kerana sedar ramai lagi insan di dunia ini nasib mereka lebih malang," katanya.

Mengimbas tragedi yang menimpanya, anak muda berusia 23 tahun itu terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang, Selangor untuk mencari wang bagi membiayai persekolahan adiknya.

Akibat tragedi yang berlaku pada 20 November tahun lalu itu, doktor mengesahkan kedua-dua tangan serta kaki kirinya terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman ke anggota badan lain dan anak yatim piatu itu juga terlantar hampir tiga bulan di Hospital Kuala Lumpur.

Muhamad Hairuman, anak kesembilan daripada 10 beradik kini tinggal bersama kakaknya, Maryuni, 32, di Klant Halt 2 di sini dan seperti umat Islam lain, dia memanfaatkan sepenuhnya kehadiran Ramadan untuk menambah amal ibadah serta mendekatkan diri dengan Allah.

"Walaupun sukar, Alhamdulillah saya mampu bersolat Tarawih dan terima kasih saya kepada jemaah masjid di sini yang menyediakan ruang khas.

"Selain itu, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca al-Quran dan yang pasti, tidak meninggalkan rawatan fisioterapi pada setiap hari sambil dibantu kakak," katanya.

Muhamad Hairuman berkata, ketika ini pergerakannya banyak bergantung kepada kerusi roda, namun dia tetap memasang azam dan keyakinan tinggi untuk berjalan seperti biasa pada masa depan.

"Sekarang mungkin saya berjalan terhincut-hincut dengan sebelah kaki, tapi doktor kata, saya boleh pasang kaki palsu pada masa depan dan jika itu dilakukan, saya yakin saya boleh berjalan seperti biasa semula," katanya.

Malah, bekas pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Selangor itu berkata, dia kini giat melakukan rawatan fisioterapi di rumah bagi mengimbangkan tubuhnya berdiri dengan kaki kanan supaya dapat menyesuaikan diri dengan kaki palsu yang bakal digunakan kelak.
Muhamad Hairuman berkata, dia juga bersyukur kerana dikurniakan kakak dan abang ipar yang bekerja keras untuk memastikan dirinya mendapat rawatan dan pulih seperti sedia kala.

"Selepas ibu dan ayah meninggal, kakak dan abang banyak membantu saya untuk menguruskan diri. Saya tahu mereka ada tanggungjawab untuk keluarga, tapi saya tidak pernah rasa terpinggir apabila duduk serumah dengan mereka.

"Saya gembira apabila kakak tidak pernah lupa sediakan saya susu kacang soya ketika sahur sebab dia tahu minuman itu baik untuk proses pemulihan saya. Walaupun saya tak dapat berbakti kepada kakak dan abang, saya sentiasa doakan hidup mereka diberkati,” katanya.

Sementara itu, Maryuni berkata, dia dan suami, Ahmad Faidz Hafidz, 38, kagum dengan ketabahan dan kegigihan adiknya dan semangat itu yang membuatkan dia semakin tabah untuk menjaga Muhamad Hairuman.

"Untuk kulitnya yang terbakar pulih sepenuhnya mengambil masa agak lama, tapi saya lihat dia bersabar dengan keadaannya dan itu yang buat saya terharu serta bersemangat," katanya. Menurutnya, keadaan kulit Muhamad Hairuman belum pulih dan sentiasa berair kerana sistem badannya agak lambat untuk memberi tindak balas positif.

"Kulit yang diambil di paha kiri untuk ditampal di bahagian yang tiada kulit belum sembuh sepenuhnya. Kadang-kadang saya lihat dia menahan gatal di bahagian badan yang ditampal, tapi dia tak pernah merungut apatah lagi meminta yang bukan-bukan," katanya.

Pada masa sama, Maryuni mengucapkan terima kasih dia atas keprihatinan pelbagai pihak yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan kepada Muhamad Hairuman.

"Alhamdulillah, bantuan yang kami terima tak pernah putus, malah kami baru saja terima sumbangan baju dan duit raya daripada seorang insan prihatin dari Johor,” katanya. - myMetro

Wednesday, August 10, 2011

Perkahwinan Noraniza Idris Diadakan Secara Terbuka


Noraniza Idris dan tunangnya, Jeffri akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 29 September ini di Plaza Angsana, Johor Bahru. - Foto MOHD FAIHAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, bilal sebuah masjid di Singapura secara besar-besaran pada 29 September ini dan boleh disaksikan oleh orang ramai.
Majlis pernikahan akan berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.
Ia diadakan seiring dengan sambutan 'Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011'.
"Pada mulanya keluarga saya menetapkan tarikh untuk kami bernikah pada 1 Oktober 2011 tetapi akkhirnya kami membuat keputusan lebih baik majlis ini diadakan serentak dengan sambutan festival itu. Lagipun jaraknya tidak jauh.
"Walaupun ia besar-besaran, tetapi saya rasa tidak salah kerana ia bertujuan untuk meraikan perkahwinan kami," katanya ketika sidang media mengumumkan tarikh pernikahan mereka di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, Selasa.
Noraniza hadir dengan tunangnya dengan mengenakan pakaian warna sedondon iaitu hijau pucuk pisang.
Berkongsi tentang cinta pasangan ini, biarpun pernah serik dengan dua perkahwinan lalu, namun Noraniza mula terbuka hati untuk berkahwin dengan bilal berkenaan setelah benar-benar mengenali hati budinya.
"Saya yakin dia merupakan jodoh saya kerana dia seorang yang berterus-terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan.
"Hubungan kami terjalin sejak kami bertemu untuk urusan jualan amal anak yatim di Bazar Ramadan pada tahun lalu.
"Kemudian pada 22 April tahun ini, kami bertunang dan seterusnya menetapkan majlis pernikahan ini," kata Noraniza.
Sementara tunangnya pula tertarik dengan Noraniza yang memiliki sifat wanita berwibawa.
"Saya juga menyenangi sikap Noraniza yang berterus-terang dan yang paling buat saya tidak dapat melupakannya apabila makan biskut tat nenas.
"Yang penting semua pihak merestui dan gembira dengan perkahwinan ini," ujarnya.Majlis pernikahan yang akan berlangsung secara terbuka dijangka tamat pukul pukul 5 petang.
Selain perkahwinan kedua mempelai berkenaan, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.
Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.
Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.
Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun. - mStarOnline

Tuesday, August 9, 2011

Sedih bila Allah swt & Rasulullah saw dihina


Akak saja jengok blog hamba Allah yg menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt AlWuzara, pabila diberitahu rakan akan keceluparannya menghina Allah swt dan juga Rasullullah saw ni.

Memang terkejut dengan keberaniannya menulis sebegitu rupa. Teringin sangat nak tengok wajahnya yg dikurniakan Illahi ni....adakah dia dilahirkan cacat ke atau lawa sangat ke hingga tidak ada nikmat kesyukuran di sanubarinya....

Tut..tut...akak dapat info ni dari FB... nak tengok wajahnya (xtahu lah betul ke x, klu silap akak minta maaf) nah...lihat ni....
Lawa jugak orangnya....itu pun kalau betullah dia ni Makcik Hajjah Sitt AlWuzara, tapi sayang, dimana letaknya akidah dia ya....Islam ke dia? Dlm blog dia, dia ngaku dia Islam, akak betul xfaham niat sebenarnya.

Kalau nak tahu apa yg ditulis dlm blog dia, ini alamatnya:

Sekiranya nak tahu sipembongkar identitinya atau hacker ialah GAYSEC.ORG, silalah ke link mereka: http://www.gaysec.org/

Akak ucapkan tahniah lah buat Gaysec.org kerana berjaya membongkarkan identiti macik ni yg selalu buat darah menyirap tiap kali baca tulisannya yg xtahu nak menghormati perasaan umat Islam khususnya.

Wanita lewat pulang kereta dipijak


SUBANG JAYA: Hanya kerana lewat 10 minit, seorang wanita bukan saja ditampar dan ditendang, malah dipijak di khalayak ramai kerana lambat memulangkan kereta milik teman lelakinya di USJ, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa berusia 20-an dikatakan meminjam kereta milik teman lelakinya yang juga berusia 20-an dan berjanji memulangkannya semula di pejabat lelaki itu yang terletak di USJ, kira-kira jam 4 petang.

"Bagaimanapun, mangsa terlewat kira-kira 10 minit berikutan jalan sesak sekali gus menimbulkan kemarahan teman lelakinya yang kemudian bertindak menampar mangsa sejurus mangsa keluar dari kereta."

Selepas menampar mangsa, lelaki itu turut bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum menendang dan memijak perut mangsa berulang kali. Sumber berkata, orang ramai cuba membantu mangsa namun dihalang teman lelakinya yang mengugut akan membunuh mangsa sekiranya ada sesiapa cuba membantunya.

"Sebaik saja teman lelaki mangsa meninggalkan tempat kejadian, salah seorang daripada mereka yang menyaksikan kejadian bertindak membawa mangsa ke klinik berdekatan untuk rawatan dan kemudian menghantar mangsa ke Balai Polis USJ untuk membuat laporan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, suspek iaitu teman lelaki mangsa ditahan Sabtu lalu untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat," katanya. - myMetro

Kereta rempuh pelajar, tadika

PECAH...tembok pagar Tadika Smart Stars yang dirempuh, semalam.
PECAH...tembok pagar Tadika Smart Stars yang dirempuh, semalam.

PUNCA...kereta terbabit ditarik, semalam.
PUNCA...kereta terbabit ditarik, semalam.


GOMBAK : “Syukur kerana kemalangan ini tidak membabitkan kehilangan nyawa. Selalunya, kami akan mengadakan perhimpunan di kawasan berkenaan,” kata guru besar Tadika Smart Stars , VR Ranee, 56, menceritakan kejadian sebuah kereta melanggar dinding tadika miliknya di Jalan 18, Taman Selayang, di sini, pagi semalam.

Sebelum itu, Perodua MyVi terbabit melanggar dua pelajar sekolah menengah yang melalui lorong di hadapan tadika berkenaan.

Katanya, selepas itu, kenderaan itu melanggar dinding tadikanya dan berlaku limpahan petrol sehingga mencetus kebimbangan berlakunya kebakaran.

“Ketika itu, saya berada di dalam kawasan tadika dan beberapa pembantu saya membawa masuk murid yang dihantar ibu bapa kira-kira jam 7.20 pagi.

“Tiba-tiba saya terdengar dentuman kuat di depan tadika disusuli teriakan seorang wanita. Saya tergamam selepas melihat kereta itu melanggar dinding,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Beliau berkata, dia seperti hilang arah akibat takut dan ketika itu, dia hanya terfikir untuk mencari mangsa yang menjerit kesakitan di luar kawasan tadikanya.

Katanya, dia nampak seorang pelajar perempuan menangis kesakitan dan orang ramai menolong pelajar itu dan rakannya yang cedera ringan untuk dihantar ke Hospital Selayang.

“Saya bersyukur kerana tiada pelajar tadika atau orang lain parah dalam kemalangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata akibat kejadian itu, dua pelajar berusia 15 dan 17 tahun cedera ringan di kepala manakala pemandu berkenaan yang berusia 22 tahun cedera dan dirawat sebagai pesakit luar. - myMetro

Hilang ibu, bapa, adik

SEDIH...Sukainai (kanan) bersama abang dan kakaknya tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan ibu, ayah dan adik mereka dalam tragedi tanah runtuh.
SEDIH...Sukainai (kanan) bersama abang dan kakaknya tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan ibu, ayah dan adik mereka dalam tragedi tanah runtuh.


CAMERON HIGHLANDS: Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tidak lagi memberi sebarang erti buat seorang remaja apabila tiga ahli keluarganya termasuk ayah, ibu dan adik bongsunya maut dalam kejadian tanah runtuh yang meranapkan kediamannya di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, petang kelmarin.

Sukainai Jaafar, 18, tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya apabila ibunya, Normah Gunung, 51, bapanya, Jaafar Balad, 49, dan adik bongsunya, Mohd Ikbal, 15, ditemui maut dalam sisa runtuhan rumah dan timbunan tanah dalam kejadian menyayat hati itu.

Sukainai yang ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom di sini, semalam berkata, dia sedih dengan kejadian menimpa keluarganya.

Dia juga tidak sempat berbuka puasa dengan keluarganya sepanjang Ramadan tahun ini kerana tiada di kampung disebabkan menyambung pengajian di Institut As-Shifa di Taiping dalam kursus Sains Persekitaran.

“Saya hanya sempat sahur pada Ramadan pertama dengan semua ahli keluarga saya termasuk dengan ketiga-tiga arwah.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan terpaksa tabahkan hati menerima kehilangan mereka,” katanya.

Difahamkan, semua mangsa yang maut menganut Islam sejak tiga tahun lalu dan ini sambutan Ramadan ketiga buat mereka.

“Kejadian itu bukan saja mengorbankan ayah, ibu dan adik saya malah turut mengorbankan kakak ipar saya, Yusnizan Yusof, 22.

“Dua abang saya Mohd Riduan, 30, dan Azhar, 26, mungkin akan terus menetap di kampung ini,” katanya.

Jenazah keluarga Jaafar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia, di sini, petang semalam.

Sementara itu, Mohd Ali, 27, anak kepada seorang mangsa yang maut, Ali Hassan, 50, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 pagi semalam.

Katanya, dia difahamkan, ayahnya sedang tidur ketika kejadian.

"Kali terakhir saya bertemu ayah pada Oktober tahun lalu. Saya kini bekerja sebagai buruh estet di Kampung Puh, Bidor dan jarang bertemu ayah,” katanya.

“Ketika menemuinya Oktober lalu, ayah sempat berpesan meminta saya pulang berhari raya nanti. - myMetro

Friday, August 5, 2011

Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang


Ally Iskandar
SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar, 35 mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal, 25, telah putus pada 30 Julai lalu.
Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakaman program Mentor Raya di sini, Khamis.
Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.
Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.
Keputusan memutuskan tali pertunangan itu juga membuatkan Ally berasa kecewa dan ralat kerana sangkanya, dengan usia yang semakin meningkat dan mempunyai kerjaya yang kukuh, dia dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin.
Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.
“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.
Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.
Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.
Sementara itu, Ally menegaskan bahawa keputusan tersebut tiada kaitan dengan dirinya yang mahu mengikut jejak langkah seperti pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat yang juga memutuskan pertunangannya dengan Elia pada hari yang sama.
"Saya harap, tiada spekulasi atau pandangan buruk yang berlaku kerana saya mendapat tahu, ada orang menganggap saya sengaja mahu mengikut jejak Fahmi untuk memutuskan pertunangan ini," tegasnya. - mStarOnline

Thursday, August 4, 2011

Mayat dikerat 15 bahagian


AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.

Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.

“Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.

“Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.

“Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni,” katanya.

Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu. - myMetro

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu