adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, August 4, 2011

Obama hantar wakil tinjau Ramadan di Malaysia

Farah Anwar Pandith
MUADZAM SHAH: Kesungguhan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memahami kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum di Malaysia, terbukti apabila beliau menghantar wakil khas untuk melihat sendiri sambutan Ramadan di negara ini.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, berkata beliau difahamkan, wakil khas itu, Farah Anwar Pandith yang juga Perwakilan Khas Bagi Komuniti Muslim pentadbiran Obama sudah berada di negara ini sejak kelmarin.

“Beliau bersama rombongan datang ke sini untuk melihat bagaimana Malaysia sebagai negara Islam dengan masyarakat minoriti bukan beragama Islam, menyambut Ramadan.

“Saya difahamkan, wakil khas itu akan hadir pada majlis berbuka puasa anjuran Kedutaan AS di Kuala Lumpur malam ini (semalam),” katanya selepas majlis Pengurniaan Sumbangan dan Zakat di Masjid al-Muadzam Shah, di sini, kelmarin. 

Majlis penyampaian sumbangan dan zakat kepada 2,000 penerima itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, beliau akan mengatur sesi pertemuan wakil terbabit dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan media negara ini, jika mereka ingin mendapatkan pandangan lebih jelas berhubung perpaduan kaum dan Islam di negara ini.

“Satu kuasa besar sanggup menghantar wakil khasnya ke negara ini semata-mata ingin melihat bagaimana umat Islam menyambut Ramadan.

“Kita bangga kerana menjadi contoh negara Islam yang maju tetapi mengamalkan pendekatan sederhana berbanding negara Islam lain yang berperang sesama sendiri,” katanya.  - BHarian

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu