adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, September 7, 2011

Pinjam duit ibu



KAJANG: Bekas isteri pelakon dan pengacara AC Mizal, Shafnie Zainuddin didakwa meminjam duit ibunya semata-mata menanggung perbelanjaan harian dan persekolahan dua anak lelakinya.

Ibu Shafnie, Rapiah Ab Talib, 62, dalam afidavit keterangannya diikrarkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam berkata dia mengetahui nafkah cucunya, Muhammad Shafiq Iman, 15, dan Muhammad Shabil Iman, 12, tidak mencukupi kerana Shafnie (plaintif) tinggal bersamanya dan selalu mengadu perkara itu.

“Selepas plaintif bercerai dengan AC Mizal (defendan), plaintif tinggal sementara di Kota Damansara kemudian berpindah ke rumah saya kerana tidak mampu bayar sewa rumah dan pembantu rumah.

“Bila tinggal serumah, saya menanggung makan minum dan lain-lain. Saya tidak dapat bantu Shafnie menjaga anaknya sepenuh masa kerana tidak berapa sihat sebab itu plaintif kena ambil pembantu rumah. Saya tahu plaintif yang bayar pembantu rumah itu,” katanya dalam afidavit berkenaan.

Menurut keterangan Rapiah yang juga pesara dalam afidavit itu lagi, Shafnie pernah menjual barang dengan kawan dan saudara-maranya kerana ingin mencari duit lebih untuk anaknya.

Dalam afidavit itu juga, Rapiah menjelaskan anak sulung Shafnie, Muhammad Shafiq bersekolah di sekolah swasta kerana tidak mendapat bimbingan agama daripada bapa kandung mereka.

Tambahnya, dengan menghantar mereka ke sekolah swasta Al-Amin, Muhammad Shafiq mendapat pengetahuan agama lebih seperti tidak tinggal solat dan tahu konsep menjadi anak soleh.

Rapiah juga menjelaskan dia mengetahui bekas menantunya itu hidup senang kerana selalu muncul di kaca televisyen dan mempunyai syarikat sendiri.

“Saya tahu defendan berkemampuan membayar nafkah anak lebih daripada jumlah sekarang,” katanya.

Selain itu, Rapiah berkata dia nampak emosi cucunya terganggu kerana tahu ayah mereka hidup senang tapi mereka hidup sederhana kerana nafkah tak mencukupi.

Sementara itu, dalam soal balas peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili penyanyi itu, Rapiah memberitahu mahkamah Shafnie memfailkan kes itu pada 2008, selepas bercerai dengan suami keduanya.

Shafnie yang berkahwin dengan AC Mizal pada 24 Jun 1995 memfailkan permohonan itu pada 30 Julai 2008. Pasangan itu bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001.

Shafnie dalam permohonannya, menuntut RM3,770 sebulan dan perbelanjaan tahunan RM9,000 untuk kedua-dua anak mereka. Perubahan nafkah itu merangkumi perbelanjaan bulanan makan minum (RM400), pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa rumah (RM650). - myMetro

1 comment:

  1. kalau mampu,apa salahnya bersedekah....dgn anak2 sendiri....INGAT rezeki yg diberi utk dikongsi bersama org2 yg lebih berhak.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu