adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, September 12, 2011

Pokok besar ragut tiga nyawa

REMUK...pokok besar yang menghempap van di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Padang Besar, semalam.
REMUK...pokok besar yang menghempap van di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Padang Besar, semalam.
PADANG BESAR: Tiga termasuk dua pelajar maut, manakala seorang lagi parah apabila van dinaiki sembilan pelajar Maahad Tarbiah Islamiah (MATRI) Tunjong, di sini, dihempap sebatang pokok besar di kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Chuping, dekat sini pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika semua anggota rombongan, termasuk lapan pelajar MATRI dalam perjalanan melawat Kilang Gula Felda Perlis (KGFP) menaiki sebuah van jenis Toyota Liteace dipandu bapa angkat mereka, Shahidan Ali, 67, jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata tiga yang terbunuh ialah Shahidan yang juga bekas pekerja KGFP serta dua pelajar MATRI iaitu Azman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Seri Kenanga, Kulim dan Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Ketiga-tiga mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat parah terutama Shahidan dan Ahmad Izzat yang duduk di bahagian depan van yang dihempap pokok.

Difahamkan, Azman yang berada di tempat duduk belakang pemandu meninggal dunia ketika cuba dibantu rakan lain, manakala seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, dari Kuala Lumpur yang duduk di sebelah Azman dilaporkan parah, katanya.

Che Man berkata, pokok terbabit tumbang selepas dipukul ribut ketika hujan lebat melanda kawasan terbabit, sebelum menghempap bahagian depan van dinaiki mangsa. 

Anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian kemudian terpaksa memotong pokok bersaiz sebesar pemeluk orang dewasa itu, sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

Mayat kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, sebelum dituntut keluarga, katanya.

Salah seorang mangsa, Muhammad Zulfadhli Rodi, 14, dari Arau, di sini, berkata dia bersama empat rakan lain terpaksa keluar melalui tingkap belakang van yang pecah selepas hampir separuh daripada bahagian depan kenderaan dinaiki mereka remuk dihempap pokok. 

Sebaik keluar, kami lihat Izzat dan pemandu sudah tidak bernyawa, manakala Azman pula sedang mengerang kesakitan. Kami semua cuba membantunya, tetapi gagal sebelum terus berlari mendapatkan bantuan pengawal keselamatan di KGFP yang terletak tidak jauh dari situ, katanya.  - BHarian

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu