adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, September 8, 2011

Video Pukul Pelatih Jururawat Cetus Kemarahan Pengguna Internet


Imej dalam klip video bertajuk 'Malaysian Heroes' memaparkan seorang lelaki melakukan kekasaran terhadap dua pelajar wanita sebuah kolej kejururawatan.
PETALING JAYA: Penyiaran imej seorang lelaki yang menampar, menumbuk dan menyepak dua pelajar kejururawatan dalam sebuah klip video berusia setahun yang muncul semula dalam tempoh 48 jam lalu menimbulkan kemarahan pengguna Internet.
Klip video itu turut menunjukkan lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an berulang kali menakut-nakutkan mangsa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil di tempat letak kereta awam.
Video bertajuk 'Malaysian Heroes' itu turut disebarkan dalam laman sosial Facebook.
Serangan itu kelihatan disasarkan kepada salah seorang pelajar wanita itu tetapi rakannya turut ditampar beberapa kali apabila dia cuba menyelamatkan mangsa sepanjang video selama enam minit tersebut.
Punca serangan itu masih belum diketahui.
Mangsa kelihatan meminta maaf kepada lelaki tersebut dalam keadaan menggigil ketakutan dan mengakui kesal dengan kesilapannya.
Bagaimanapun, lelaki tersebut menyuruh mangsa melutut dan meminta maaf.
Pelajar wanita itu terjatuh dalam posisi mencangkung sebelum lelaki tersebut menampar dan menendangnya semula.
Di awalan klip video itu, lelaki tersebut mengancam untuk melanggar mangsa dengan keretanya.
Kedengaran suara yang tidak jelas dipercayai datangnya dari mereka yang lalu lalang, mendesak lelaki tersebut supaya meninggalkan mangsa tetapi ianya tidak diendahkan.
Lelaki itu dipercayai ditemani kira-kira dua rakannya.
Salah seorang daripadanya merakam serangan itu manakala seorang lagi kelihatan meletakkan mukanya di leher mangsa.
Salah seorang daripada mereka turut berkata; Masuk ke dalam kereta dan saya akan periksa sama ada dia masih dara."
Klip video itu dihantar dibawah nama pengguna 'youhavebeenhacked88' yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara kelahirannya.
Sehingga lewat malam Rabu, klip video itu merekodkan 42,546 tontonan di laman sosial, You Tube.
Beberapa pegawai dari sebuah kolej kejururawatan dan sains kesihatan mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa merupakan pelajarnya.
"Kolej tersebut membuat laporan polis berhubung insiden itu dan menasihatkan kedua-dua pelajar itu untuk mengambil tindakan serupa. Namun, mereka memberitahu ia hanyalah berkaitan masalah peribadi," kata pegawai itu.
Ahli belia Parti Sosialis Malaysia, S. Nagentran berkata empat ahlinya telah membuat laporan polis di balai polis daerah Sungai Siput selepas menonton video itu di Facebook pada tahun lalu.
"Sejak itu, kami tidak mendengar sebarang perkembangan mengenai kes itu," katanya yang percaya insiden itu berlaku di Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput (OCPD), Superintenden Azman Salim dan OCPD Sabak Bernam, Mushar Mohamad Noor tidak dapat mengesahkan laporan itu ketika dihubungi. - mStarOnline

1 comment:

  1. Ini yg dikatakn HERO? Ehhh....poooddaahh la ane, shame on you! Sama perempuan ada berani la mcm bapak ayam aja lu....

    Ini perempuan pun ada bodoh juga la....pi la repot...use yr right sis!

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu