adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, October 8, 2011

Afgan Susah Dekati Wanita Malaysia


JAKARTA: Sejak menyambung pelajaran di sebuah universiti swasta di Malaysia pada Februari lalu, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan mengakui susah untuk bergaul dengan wanita di negara itu.
Kata Afgan dia lebih banyak belajar berdikari dan menghabiskan masa dengan menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.
"Setakat beberapa bulan berada di Malaysia saya belum mempunyai ramai kawan terutamanya kawan-kawan perempuan di sana," katanya yang dipetik DetikHot.com.
Penyanyi lagu Terima Kasih Cinta ini mengambil kursus Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di University of Sunway Monash, Kuala Lumpur selama dua tahun.
Jelas Afgan, dia mahu menghabiskan pengajiannya secepat mungkin dan menjaga ibunya yang berada di Indonesia.
"Sekarang tanggungjawab saya ialah menjaga ibu saya yang tinggal di sini, kalau boleh mahu cepat-cepat habis kuliah," katanya. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu