adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, October 14, 2011

Anak hilang tinggal basikal


KANGAR: Hanya penemuan basikal menjadi petunjuk buat seorang bapa apabila anak perempuan kesayangannya didapati hilang ketika berbasikal ke sekolahnya di Bintong, dekat sini, kelmarin.

Lebih mengejutkan apabila basikal milik anak sulung daripada lima beradik, Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, ditemui di sebuah taman perumahan berhampiran kira-kira jam 3 petang.

Mohd Sabri Samat, 35, dari Taman Bukit Kayangan, dekat sini, berkata sebaik menerima maklumat itu, dia menunggu anaknya di kawasan berkenaan kerana bimbang tetapi gadis berkenaan tetap tidak muncul sehingga lewat petang.

Menurutnya, dia kemudian berasa tidak sedap hati dan percaya anak perempuannya mungkin berada di luar Perlis berdasarkan wang tunai RM30 dalam dompetnya juga disedari hilang pada pagi sebelum kehilangan Nurul Nursyawaltie. 

Katanya, anaknya itu memang gemar melayari laman sosial seperti facebook dan mempunyai ramai kawan.

“Sebelum ini, saya tinggal di Pulau Pinang dan mengesyaki dia pergi ke sana ataupun dijemput salah seorang rakan facebooknya untuk ke sana.

“Tetapi saya berasakan wang RM30 itu memang tidak mencukupi pergi dan tinggal di sana sehingga hari ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah mengedarkan gambar anaknya di sekitar kawasan sekolah termasuk kepada rakan-rakannya melalui telefon bimbit sebagai langkah untuk mengesan anaknya.

Katanya, dia turut membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 1 pagi semalam.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, berkata siasatan sedang dijalankan. - myMetro

1 comment:

  1. bykkan berdoa semuga anak ini dilindungi dari malapetaka yg xdiingini....

    Akak tahu bagaimana rasanya....risau, susah hati & bimbang akan keselamatan anak kalau hilang TAPI pernahkah anak2 terfikir akan kerisauan ibubapa akan tindakan mereka?

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu