adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, October 21, 2011

Anak selamat ibu diragut


JITRA: Tindakan pantas seorang anak berjaya menggagalkan cubaan lelaki yang meragut dompet ibunya apabila dia nekad melanggar motosikal peragut terbabit sehingga terjatuh dengan kereta dipandunya dalam kejadian di Taman Damai Jaya di sini, petang kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, Mohd Atif Azizi, 20, turut bergelut dengan lelaki berusia 29 tahun itu yang cuba menikamnya dengan sebilah pisau Rambo sebaik terjatuh dari motosikal.


Mohd Atif, pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, berkata ketika sedang menunggu ibunya, Norhayati Ariffin, 50, di dalam kereta dia terdengar jeritan ibunya dan ternampak seorang lelaki cuba melarikan diri.


“Sebaik melihat kejadian itu, saya nekad memecut kereta dan melanggar motosikal dinaiki suspek sebelum dia terjatuh apabila motosikalnya terhalang oleh sebuah kenderaan lain,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Damai Jaya di sini, semalam.


Mohd Atif berkata, dia turun dari kereta dan cuba bergelut dengan lelaki berkenaan menyebabkan dia cuba melawannya serta mengeluarkan pisau dari poket seluar untuk menikamnya, tetapi gagal apabila Mohd Atif menepis tangan suspek menyebabkan pisau itu terjatuh.


“Pada masa sama, orang ramai datang membantu menangkap lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada polis yang berada di lokasi kejadian,” katanya.


Norhayati yang juga seorang guru berkata, ketika kejadian dia baru selesai membayar barangan yang dibelinya untuk majlis perkahwinan anak lelaki sulungnya, Sabtu ini, apabila seorang lelaki berjaket dan bertopi keledar memasuki kedai. 


“Lelaki itu menarik dompet saya dan dalam keadaan tergamam, saya cuba berlawan untuk mendapatkan semula dompet berkenaan tetapi lelaki itu menolak saya beberapa kali menyebabkan saya jatuh menyebabkan mengalami lebam di dada, rusuk kiri dan lengan kiri,” katanya.


Difahamkan, sebelum kejadian lelaki berkenaan dikatakan cuba menyamun pekerja di sebuah farmasi di Pantai Halban, dekat sini, dengan mengacu pisau ke dada Norazira Ismail, 36, yang ketika itu bersama rakannya, Rohayu Man, 27, sedang membungkus barangan dalam farmasi itu.


Bagaimanapun, Rohayu berjaya keluar dari premis untuk meminta bantuan menyebabkan suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal menghala ke Taman Damai Jaya sebelum menyamun Norhayati kira-kira setengah jam kemudian.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Nek Zaidi Zakaria mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini direman bermula kelmarin untuk siasatan. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu