adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, October 13, 2011

Baca Yasin di pusara


DUNGUN: Hasrat seorang anak untuk memperdengarkan bacaan Yasin buat kali pertama kepada ibu bapanya tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 48.7, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini, pagi kelmarin.

Shafiq Syarifuddin Khairul Azhar, 7, menjadi anak yatim piatu apabila ibu bapanya, Khairul Azhar Mohammed, 31, dan ibunya, Masitah Omar Zokry, 26, terbunuh apabila lori sayur yang dinaiki mereka melanggar belakang treler membawa muatan kayu di tempat kejadian pada jam 5 pagi.

“Arwah umi (ibu) sebelum ini sering berpesan kepada saya supaya menghafal surah Yasin kerana ia surah penting yang perlu dikuasai semua umat Islam.

“Hasil bantuan nenek dan ustaz di sekolah, saya sudah pandai membaca surah itu.

“Pada malam sebelum kejadian, saya beritahu umi bahawa saya sudah boleh membaca surah itu dan ibu sekadar tersenyum sambil berkata Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui pada upacara pengebumian ibunya di Tanah Perkuburan Kampung Wa, di sini, semalam.

Menurutnya, meskipun terkilan kerana tidak sempat memperdengarkan bacaan Yasin kepada ibunya, hatinya tetap bangga kerana dapat membaca surah itu di kubur ibu dan bapanya yang terletak bersebelahan.

Dalam kemalangan itu, Khairul Azhar dari Batu 48, di sini, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan serta patah kaki kanan apabila lori dipandunya merempuh belakang treler membawa muatan kayu.

Dia yang dikejarkan ke Hospital Bentong disahkan meninggal dunia pada jam 6.50 pagi, kelmarin. Isterinya yang mengalami kecederaan parah di kepala pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, pada jam 8.20 malam, kelmarin.

Ketika kemalangan, peniaga sayur itu dan isterinya dalam perjalanan menghantar petai ke Klang.

Syafiq berkata, pada malam sebelum kejadian, dia beberapa kali menghalang ibunya daripada mengikuti bapanya ke Klang, namun ibunya enggan mematuhi gesaannya sebaliknya memintanya masuk tidur.

“Malam itu juga saya ditinggalkan ayah dan umi di rumah nenek, Wan Esah Wan Abdullah, 52, di Kampung Balai Besar kerana mereka berdua hendak menghantar petai ke Klang.

“Saya sangat sedih kerana mereka tempat saya bermanja sudah pulang ke pangkuan Ilahi dan saya kini terpaksa menumpang kasih nenek serta ibu dan bapa saudara.

“Memang Syafiq sayang umi dan ayah, tapi nak buat macam mana, Tuhan lebih sayangkan mereka,” katanya yang akan dijaga Wan Esah selepas ini.

Syafiq berkata, dia yang belajar di Sekolah Kebangsaan Balai Besar, di sini, bertekad belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita menjadi pegawai tinggi bomba.

Sementara itu, adik ipar Khairul Azhar, Mohd Hisham Omar Zokry, 27, berkata, dia panik apabila mendapati muka abang iparnya tertusuk kayu selepas lori yang dipandu melanggar belakang treler berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia memandu bersama rakannya mengekori lori yang dinaiki mangsa tetapi kemudian ketinggalan agak jauh di belakang.

“Saya hendak menghantar mesin ke Kuala Lumpur, manakala abang ipar dalam perjalanan menghantar petai ke pasar di Klang dan sepanjang perjalanan itu, saya dan dia sentiasa berhubung antara satu sama lain.

“Pada jam 4.30 pagi, saya sekali lagi menghubungi arwah dan dia memberitahu sudah sampai di Karak dan 30 minit selepas itu, saya beberapa kali gagal menghubunginya sebelum melihat lori arwah berlanggar dengan treler apabila sampai di situ,” katanya. - myMetro

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu