adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, October 4, 2011

Jasmine tak setuju tawaran hadanah Darren



KUALA LUMPUR: Pelakon yang popular melalui drama bersiri ‘Mr Mama’, Jasmine Mohamed Ashraff tidak bersetuju dengan tawaran penyelesaian berhubung tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) yang dikemukakan terhadapnya oleh suaminya, Muhammad Darren Jibran.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Mohamad Darren (plaintif), di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam. 

Bagaimanapun, peguam syarie Abdul Halim Bahari yang mewakili Jasmine (defendan) memberitahu perkara ini tidak boleh disalahkan sepenuhnya kepada anak guamnya kerana terdapat beberapa cadangan yang diusulkan defendan tidak dipersetujui Muhammad Darren.

Dalam prosiding itu, Azmi memohon kepada mahkamah membenarkan permohonan hak lawatan anak asal yang diberikan kepada anak guamnya dipinda tanpa kehadiran Jasmine.

Katanya, anak pasangan ini sudah berumur setahun tujuh bulan dan tidak menyusu badan.

“Tiada salahnya jika permohonan ini dibenarkan kerana ini adalah anaknya dan dia berjanji akan menyediakan persekitaran Islamik dan selamat tanpa kehadiran Jasmine,” katanya.

Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain kemudian menjelaskan bahawa mahkamah tidak boleh menetapkan sebarang keputusan berhubung pindaan itu kerana persetujuan sebelum ini dibuat secara inter-parte.

Beliau menjelaskan memandangkan ia dibuat menerusi inter-parte, persetujuan secara bersama perlu dibuat jika hendak meminda terma hak lawatan itu.

Mahkamah menetapkan 7 November ini untuk perbicaraan berhubung tuntutan hadanah terbabit.

Muhammad Darren yang bekerja sebagai jurutera memfailkan tuntutan hadanah itu terhadap Jasmine pada 17 Februari lalu.

Dalam tuntutan itu, Muhammad Darren mendakwa wanita terbabit menafikan hak pengawasan anak mereka terhadapnya dan ibu bapa plaintif.

Pasangan yang berkahwin pada 7 Mac 2009 di Selangor kini dalam proses bercerai. - myMetro

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu