adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, October 15, 2011

Pelajar Hilang Kembali Ke Pangkuan Keluarga


13 OKT. 2011: Mohd Sabri Samat menunjukkan gambar anaknya, Nurul Nur Syawaltie, 14, yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari sekolah ketika ditemui di rumahnya, di Taman Datuk Jaafar, Kangar, Perlis. - Utusan/FAIZAL ABU HASSAN
KANGAR: Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Bukit Kayangan di sini sejak Rabu lalu ditemui merayau-rayau di Telok Kumbar, Pulau Pinang malam tadi.
Ibunya Nur Hafizah Nordin, 37, berkata anaknya ditemui kira-kira 9.30 malam oleh anggota keluarganya yang mencari anaknya serta seorang rakannya yang hanya dikenali sebagai Amira.
Menurutnya, mereka turut dibantu oleh seorang anggota polis di Pulau Pinang dan seorang rakan laman sosial Facebook anaknya.
"Kami mengesyaki dia berada di Pulau Pinang berdasarkan beberapa petunjuk dan maklumat. Kami temui dia di tapak pasar malam di situ," katanya di sini Jumaat.
Kehilangan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Putra itu mendapat liputan meluas media termasuk stesen televisyen dan usaha mengesannya dilakukan sebaik keluaraganya menyedari dia tidak hadir ke sekolah.
Nur Hafizah bersyukur anaknya ditemui semula dalam keadaan selamat.
Nurul Nursyawaltie berkata dia hanya membawa wang RM13 semasa mengikut Amira ke Pulau Pinang.
Wang itu habis digunakan untuk membayar tambang bas dan feri ke Pulau Pinang.
"Saya nak balik tapi duit dah habis. Amira ajak saya kerja dan tinggal di rumah rakannya," katanya. - BERNAMA
berita berkait dengan Anak hilang tinggal basikal

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu