adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, October 7, 2011

‘Sakit tiada kaitan Norman kahwin’



KUALA LUMPUR: “Saya memang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu kota Sabtu lalu kerana tekanan perasaan tetapi ia tiada kaitan langsung dengan perkahwinan Norman dan isterinya, Memey,” kata pelakon Abby Abadi.

Abby, 33, menegaskan punca dia dimasukkan ke hospital swasta Sabtu lalu kerana mengalami tekanan perasaan yang disebabkan beberapa hal semasa membabitkan dirinya.

“Tolonglah jangan kaitkan isu Norman dan Memey dengan saya lagi. Jangan besarkan isu mereka dengan saya kerana tiada apa pun yang boleh membantu kehidupan saya,” katanya ketika dihubungi dan masih dalam keadaan tertekan.

Menurut Abby, dia dimasukkan ke hospital selama dua hari bagaimanapun dikeluarkan Isnin lalu atas permintaannya sendiri.

Abby ketika diajukan soalan sama ada isu perkahwinan bekas suami, masalah kerjaya dan kewangan menjadi punca dia dimasukkan ke hospital, dia dengan tegas enggan berkongsi masalahnya.

Melalui paparan yang dibaca di facebook Fanpage milik Abby, pelakon terbabit dimasukkan ke hospital selepas berdepan beberapa tekanan membabitkan masalah peribadinya.

Paparan itu juga menunjukkan Abby tertekan dengan keadaan dirinya sekarang ditambah dengan perkahwinan bekas suaminya, Norman Hakim, 35, bersama Memey Suhaiza, 23, atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi.

Selain itu, di facebook miliknya juga tertulis setakat ini Abby belum mendapat sebarang tawaran berlakon dan memerlukan kewangan yang kukuh menyara tiga anaknya.

“Tumpuan saya sekarang hanya pada anak-anak. Saya bersyukur kerana rezeki lakonan masih ada, anak-anak pun macam biasa dan kes tuntutan hutang masih berjalan,” katanya. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu