adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, October 10, 2011

Universiti haram purdah kena serbu



TUNIS: Sekumpulan aktivis menyerbu sebuah universiti di Tunisia, Sabtu lalu, kerana enggan menerima kemasukan seorang pelajar wanita berpurdah, mendedahkan suasana tegang dalam isu agama yang dijangka menjadi fokus pilihan raya bulan ini. 

Pilihan raya Tunisia bermula pada 23 Oktober, pilihan raya pertama sejak pemberontakan penduduk meletus di beberapa negara Arab. 

Pilihan raya terbabit ditandingi penyokong pelaksanaan undang-undang agama dengan penduduk sekular yang percaya nilai liberal terancam.

“Setiausaha Agung universiti diserang pagi ini oleh sekumpulan pelampau agama,” kata Moncef Abdul Jalil, seorang ketua fakulti di universiti Sousse, kira-kira 150 kilometer ke selatan ibu negara Tunisia.

Kira-kira 200 penduduk membuat bantahan di luar fakulti dan menyerbu bangunan sambil membawa kain rentang menuntut hak pelajar untuk memakai purdah, kata Abdul Jalil yang dipetik agensi berita TAP. 

“Kejadian ini menyebabkan ramai pelajar dan profesor risau,” katanya. 

Saksi memberitahu, selepas kejadian itu, ramai anggota pasukan keselamatan mengepung bangunan fakulti untuk menghalang keadaan lebih teruk. 

Pergaduhan di Sousse menyebabkan kemarahan ahli sekular menerusi Facebook. Berikutan gesaan secara online bagi bantahan balas, kira-kira 200 wanita berhimpun di El-Menzah. – Reuters 

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu