adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, November 12, 2011

11.11.11 - Macam-macam ada

Tarikh yang dianggap istimewa oleh segolongan penduduk planet bumi, 11.11.11 dan juga malang bagi yang ditimpa musibah.

Bagi akak tarikh ini biasa aje kerana tidak ada yang istimewa pun terjadi dalam kehidupan akak maupun insan-insan yang berkaitan dengan akak.

Di bawah ini akak abadikan foto-foto yang mengambarkan suasana yang menyelubungi hari Jumaat, 11.11.11 yang di ambil dari media-media tempatan (MAAF kerana ambil tanpa izin, sekadar ingin berkongsi ya....).
11.11.2011: Empat pasangan pengantin baru (dari kiri) Zulkifli Omar, 25, Nur Shazwani Kamis, 23, G. Ganesan, 27, N.Hemamariean, 25, Foo Toon Fang, 29, Christle Tan Poh Chu, 28, Wan Chem Poh, 34, dan Kor Yoke Hwa, 33, mengabdikan kenangan manis sebagai pasangan pengantin baru pada Program Pengantin 1Malaysia 11.11.11 Keluarga Bahagia Negara Sejahtera anjuran MBJB, Unit LA 21, Tan Association dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor di Dataran Bandaraya Johor Baharu di sini, Jumaat. Tepat pada 11.11 pagi upacara perasmian dilakukan dengan pukulan gong oleh wakil Datuk Bandar MBJB, Ismail Abd Rahman diikuti ikrar pengantin dari setiap kaum dan penyarungan cincin kepada pasangan masing-masing serta kucupan mesra. Pasangan pengantin juga turut melepaskan "First Belon 11.11.11" sebagai mengabdikan kenangan manis sempena tarikh yang dipilih sebelum bergambar beramai-ramai. -- fotoBERNAMA (2011)

11.11.2011: Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam timbunan pasir.  4 maut dalam  kemalangan yang membabitkan bas pelancong yang membawa murid sekolah dengan lori pasir di Km 382, Lebuhraya PLUS, Behrang. - foto: KOSMO

11.11.2011: Keadaan lokasi nahas ngeri melibatkan bas membawa rombongan pelajar SMK Air Merah, Kulim, Kedah dan lori pasir di Km 382 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Behrang, Selangor. Empat penumpang bas disahkan maut. - Utusan
11.11.2011: Bapa kembar 11.11.11, Mohd. Zamri Dawan, 25, menerima hamper dari Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Cheras, Chong Siet Fong sambil diperhatikan oleh isterinya, Nurul Adha Yusop, 25, di Hospital Pantai Cheras Medical Centre. - Utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI
11.11.2011: UPACARA pembukaan rasmi Sukan SEA 2011 di Stadium Utama Gelora Sriwijaya, Palembang malam tadi diserikan dengan tembakan bunga api.
11.11.2011: KONTINJEN Malaysia berarak pada upacara pembukaan Sukan SEA 2011 di Stadium Utama Gelora Sriwijaya, Palembang malam tadi.


No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu