adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, November 7, 2011

25 Nyaris Maut Bas Terjatuh Dalam Parit



JOHOR BARU: Seramai 25 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang mereka naiki terjatuh ke dalam parit di Km 19 Jalan Ayer Hitam, di sini awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi itu, bas tersebut melanggar besi penghadang jalan sejurus keluar dari persimpangan tol Kulaijaya, sebelum terjatuh ke dalam parit menyebabkan semua penumpang cedera dengan tiga parah.
Seorang penumpang, D. Kanageswaran, 30, ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Aminah di sini, berkata bas tersebut dipandu laju sejak perjalanan bermula kira-kira 9.45 malam.
Beliau yang pengsan selepas kejadian berkata sempat melihat bas itu melanggar besi penghadang jalan.
"Apabila sedar, bas sudah di dalam parit dan saya terus mencari ibu dan isteri yang duduk di bahagian hadapan. Disebabkan tiada jalan keluar, saya terpaksa menendang cermin hadapan bas untuk menyelamatkan diri dan keluarga serta diikuti penumpang lain," katanya.
Kanageswaran mengalami kecederaan di kepala dan kaki manakala ibunya P. Saraswati, 61, bengkak di bahagian muka, sementara isterinya P. Kogilawani mengalami kecederaan serius dan masih dirawat di hospital.
Seorang lagi penumpang S. Parvathi, 26, berkata beliau bernasib baik apabila diselamatkan seorang lelaki yang tidak dikenali ketika terperangkap di dalam lumpur akibat kejadian tersebut.
"Separuh badan saya terkeluar daripada bas setelah kepala saya terhentak ke cermin bas. Saya tidak boleh bangun apabila terperangkap di dalam lumpur tetapi seorang lelaki menarik tangan saya keluar," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baru Utara (JBU), Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, pemandu bas berkenaan yang berusia 45 tahun telah ditahan untuk diambil keterangan.
"Tiga daripada penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan serius manakala baki hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu