adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, November 8, 2011

Keluarga Terharu Kemenangan Allahyarham Faizal Yusof


Zulkifli ketika menerima anugerah bagi pihak adiknya, Allahyarham Faizal Yusof pada Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR: Abang kepada pelakon Allahyarham Faizal Yusof berasa terharu dengan kemenangan adiknya sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) menerusi dramaJangan Hantar Aku Ke Neraka pada Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) pada Jumaat lalu.
Zulkifli Mohd Yusof berkata, kemenangan itu adalah yang pertama buat adiknya sepanjang melibatkan diri sebagai seorang pelakon.
"Saya yakin jika dia masih ada untuk menerima anugerah ini, dialah akan menjadi orang paling gembira kerana ini adalah anugerah pertamanya," ujarnya ketika ditemui pada sidang media ASK 2011 di sini.
Zulkifli yang menerima anugerah tersebut bagi pihak adiknya berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika menerima anugerah tersebut kerana terharu dengan kemenangan itu.
"Susah saya nak gambarkan apa perasaan saya ketika menerima anugerah itu kerana terkejut dengan kemenangannya itu," katanya.
Allahyarham Faizal Yusof meninggal dunia Januari lalu akibat serangan jantung.
Sementara itu, Zulkifli berkata, dia akan menyerahkan anugerah tersebut kepada isteri Allahyarham iaitu Rosmunira Rashid kerana merasakan dia adalah individu paling berhak untuk menyimpannya.
"Isterinya ada bersama ketika majlis anugerah tetapi sedang bertugas di sebalik tabir dan saya akan serahkan trofi itu kepadanya kelak," ujarnya.
Faizal Yusuf, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Januari lalu akibat serangan jantung.
Faizal yang popular menerusi drama Manjalara dan Tiramisu pernah berkahwin dengan penyanyi, Siti Nordiana dan mempunyai seorang cahaya mata. - mStarOnline

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu