adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, November 16, 2011

Lintah masuk kemaluan


KOTA BHARU: Pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan tidak bermain air pada musim tengkujuh bagi mengelakkan kejadian lintah memasuki kemaluan hingga menyebabkan pendarahan.

Tahun lalu, 13 kes pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke beberapa hospital selepas berlaku pendarahan dan terpaksa diberi rawatan susulan.

Pengarah Pejabat Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang, berharap peringatan itu tidak dipandang ringan kerana mengikut laporan tahun lalu, ada pelajar yang diberi rawatan kecemasan akibat kemaluan mereka dimasuki lintah selepas bermain air banjir. 

Beliau turut mengingatkan pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya menjaga aspek kebersihan makanan kerana pelbagai kuman penyakit bawaan air dikesan ketika musim banjir akibat kegagalan menjaga kebersihan air dan makanan. 

"Saya mahu mengingatkan supaya pelajar perempuan tidak leka bermain banjir terutama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengelak mereka diserang lintah ketika banjir nanti," katanya selepas melawat tiga daripada 14 calon SPM yang menduduki peperiksaan di hospital seluruh negeri ini termasuk Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini, semalam. 

Hussain berkata, pihaknya mengenal pasti 9,224 daripada 36,333 calon SPM di negeri ini dijangka terbabit dengan lokasi banjir apabila kediaman mereka terletak di 67 kawasan yang biasa terdedah ancaman banjir di seluruh negeri ini. 

Katanya, bagi memastikan calon SPM itu dapat menduduki peperiksaan dengan selamat, pihaknya menyediakan 14 pusat alternatif sebagai pusat peperiksaan selamat jika banjir berlaku dalam tempoh terdekat ini. 

"Daripada 67 pusat terbabit banjir, 10 sekolah terletak di Kota Bharu, diikuti tiga di Tumpat; lima di Pasir Mas dan masing-masing dua di Tanah Merah, Machang, dan Gua Musang. 

"Selebihnya, enam lokasi banjir di Pasir Puteh dan sembilan lagi di Kuala Krai, namun semua calon SPM terbabit diberi jaminan boleh menduduki peperiksaan dengan selesa kerana JPN menambah bilangan petugas peperiksaan seramai 492 orang yang menjaga di kawasan berisiko banjir," katanya. 

Sementara itu, 14 calon SPM yang menduduki peperiksaan di hospital membabitkan tiga calon di HRPZ, diikuti tiga HUSM, dan masing-masing satu calon di Hospital Tumpat, Hospital Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Jeli selain seorang lagi di Hospital Pakar Perdana, di sini. 

INFO 

Lintah
 


  • Lintah hidup di kawasan berair terutama berhampiran bendang padi, kawasan ternakan lembu dan paya. 

  • Lintah akan mengikut aliran air dan hinggap terhadap mana-mana hidupan lain termasuk manusia. 

  • Lintah memasuki saluran kemaluan termasuk dubur dan menggigitnya. 

  • Akibat gigitan itu, mangsa akan mengalami pendarahan teruk. 

  • Pegawai Perubatan akan menggunakan air garam yang dimasukkan ke kemaluan atau dubur agar lintah keluar. 

  • Mangsa memerlukan rawatan pemindahan darah dan jika terlewat diberi rawatan, mangsa boleh maut akibat kekurangan darah. 

    (Info disediakan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Awam HRPZII Kota Bharu, Zaid Ahmad) - BHarian


  • No comments:

    Post a Comment

    Klik klu suka

    Related Posts with Thumbnails

    Iklan Semanis Madu