adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, November 20, 2011

Majlis persandingan Eira, Azad meriah


AIZAT menyuap buah anggur ke mulut Eira Syazira pada majlis persandingan mereka di Bandar Tun Razak, Cheras malam kelmarin.

DETIK BAHAGIA. Selepas dua bulan berumah tangga, pasangan pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri, 35, dan Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, diraikan pada majlis persandingan mereka yang cukup meriah malam kelmarin.
Majlis yang berlangsung di Dewan Pusat Belia Antarabangsa di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan kedua-dua mempelai.
Mereka dinikahkan pada 16 September lalu di rumah pengantin perempuan di Putrajaya oleh bapa Eira Syazira, Shuhaimi Acheh serta disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.
Turut hadir memeriahkan majlis persandingan itu ialah selebriti seperti pelakon Shaheizy Sam, Ainul Aishah, Fara Fauzana dan Adam Corrie Lee.- KOSMO

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu