adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, November 14, 2011

Nyaris diculik lelaki Kemboja

SYUKUR...Saifuddin dan Rohani memeluk Farihah.
SYUKUR...Saifuddin dan Rohani memeluk Farihah. - foto: HMetro
KUALA LUMPUR: Jeritan seorang ibu memanggil anak perempuannya berusia enam tahun, menyelamatkan kanak-kanak itu daripada diculik seorang lelaki warga Kemboja ketika mereka sedang berjalan selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Taman Melati Utama di sini, malam kelmarin. 

Suspek berjaya diberkas bapa mangsa yang mengekori lelaki itu lebih dua kilometer dari tempat kejadian di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu, termasuk mempertaruhkan nyawa melintas Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, Nurfarihah Saifuddin, sedang berjalan bersama ibunya, Rohani Abd Raof, 37, ke kenderaan mereka sebelum tiba-tiba suspek menghulur kedua-dua tangan dan cuba menerkam mangsa menyebabkan wanita berkenaan menjerit memanggil anaknya.

Menceritakan kejadian itu, Rohani berkata, suspek yang terkejut cuba melarikan diri sebelum beliau segera memegang tangan Nurfarihah dan memberitahu perkara berkenaan kepada suaminya, Saifuddin Abu Samah, 37, yang menunggu dalam kenderaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. 

“Saya terkejut dengan tindakan suspek cuba menerkam Nurfarihah. Saya segera memberitahu suami berhubung perkara itu sebelum beliau cuba mencari lelaki terbabit dengan memandu kenderaan sekitar deretan rumah kedai di situ,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini, semalam. 

Saifuddin pula berkata, selepas tiga kali berpusing di deretan rumah kedai berkenaan, beliau terserempak suspek yang bersendirian di Petronas tidak jauh dari lokasi kejadian dan terus mengekorinya ke sebuah lagi stesen minyak sebelum lelaki terbabit melintas MRR2 dan berjalan di tepi laluan arah Hulu Klang. 

Katanya, beliau kemudian meninggalkan kenderaannya di stesen minyak terbabit sebelum nekad untuk turut melintas lebuh raya berkenaan bagi mengekori suspek dan pada masa sama menghubungi polis.

“Sebaik suspek tiba di bawah jambatan berdekatan flet blok F Taman Melati, beberapa anggota polis tiba dan menahannya sebelum dibawa ke balai polis,” katanya. 

Saifuddin berkata, kejadian hampir menimpa anaknya mengingatkan beliau dengan kisah pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin kerana pernah bersama-sama bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, mencari mangsa kerana mereka berdua adalah rakan sekolah sekitar 1980-an. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berusia 33 tahun itu dan siasatan mendapati tiada sentuhan fizikal oleh lelaki terbabit terhadap kanak-kanak berkenaan kerana sempat melarikan diri selepas mendengar jeritan ibu mangsa. 

“Polis sedang menjalankan siasatan kemungkinan suspek bertujuan menculik atau mempunyai motif lain ke atas kanak-kanak itu. Pada masa sama ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak,” katanya.  - BHarian

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu