adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, November 2, 2011

Pegawai polis diikat di katil

KUANTAN: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Superintendan dan isterinya menempuh detik cemas apabila diikat pada katil oleh tiga perompak bersenjatakan kuku kambing dan parang, dalam kejadian samun di Taman Mewah, Seri Bayu, Beserah, dekat sini pagi kelmarin. 

Mangsa berusia 56 tahun dan isterinya 53 tahun kerugian RM90,000 selepas wang tunai berjumlah RM1,700 dan sebuah kereta jenis Toyota Harrier dilarikan suspek dalam kejadian jam 6.45 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata kejadian berlaku apabila isteri mangsa melihat seorang daripada suspek berada di dapur rumah.

Beliau berkata, suspek terbabit yang sedang memegang kuku kambing kemudian mengarahkan isteri mangsa diam sebelum seorang lagi suspek menahan mangsa dan mengarahkan mereka masuk ke bilik utama. 

“Mangsa dan isteri diikat kaki dan tangan sebelum mulut ditutup dengan kain lalu ditambat di kiri dan kanan katil sebelum suspek menggeledah rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam. 

Mohd Haris berkata, suspek yang melindungi muka dengan kain dipercayai melarikan dompet yang berisi kad kuasa polis serta kereta Toyota Harrier milik mangsa.

“Mangsa sedang bercuti selepas bertugas di Sudan untuk misi pengaman. 

“Siasatan turut mendapati suspek memasuki rumah berkenaan yang sedang diubah suai melalui pintu belakang,” katanya. 

Beliau berkata, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. 

“Usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan kenderaan milik mangsa bernombor pendaftaran JFP 13 yang dilarikan suspek dipercayai berusia lingkungan 20-an atau 30-an,” katanya.  - BHarain

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu