adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, November 23, 2011

Ranbir Kapoor tidak senonoh


DIA merupakan aktor muda paling hangat di Bollywood saat ini, memiliki wajah yang kacak serta kelihatan seperti seorang jejaka yang baik, namun itu tidak menghalang dirinya untuk berkelakuan tidak senonoh dan memalukan di khalayak.
Baru muncul dengan filem pecah panggung, Rockstar, Ranbir dikatakan telah melakukan sesuatu yang tidak senonoh iaitu membuang air kecil di atas lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang dari Karjat, India.
Ujar sumber: "Ranbir sedang dalam perjalanan pulang dari Karjat pada waktu siang hari. Namun, dia terpaksa menghentikan kereta di tengah-tengah lebuh raya yang kosong ketika itu kerana dia dah tahan mahu membuang air kecil.
"Ketika dia sedang kencing di atas lebuh raya itu, tanpa disedarinya perbuatannya itu telah menarik perhatian sebuah kereta peronda polis dan seorang pegawai polis telah turun dari kereta itu dan menegur perbuatan Ranbir yang memalukan itu."
Tambah sumber tersebut, Ranbir yang terpaksa menahan malu memohon maaf dan dia bernasib baik kerana pegawai polis itu memaafkan perbuatannya itu dan melepaskan dia tanpa sebarang dakwaan kerana melakukan tindakan yang tidak senonoh di kawasan terbuka. - KOSMO

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu