adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, November 12, 2011

Topi keledar antara hadiah hantaran Dira, suami


SEPADAN...Dira dan Mohd Helmi  kini suami isteri.
SEPADAN...Dira dan Mohd Helmi kini suami isteri.

JASIN: Pelakon dan hos Melodi, Khaidirah Abu Zahar, 27, atau lebih dikenali sebagai Dira sah bergelar isteri kepada Pengarah Fotografi, Mohd Helmi Yusof, 33, dalam majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan di Kampung Merlimau Pasir, dekat sini, semalam.

Pasangan berkenaan dinikahkan jam 4.16 petang oleh Imam 1, Masjid Merlimau Pasir, Mat Yamin Long dengan mas kahwin berjumlah RM7,777.77. 

Majlis bersejarah itu disaksikan ibu bapa Dira, Datin Seri Khalijah Mohd Jiddy dan Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang juga bekas Ketua Menteri selain keluarga terdekat dan sahabat handai.

Dira yang juga ibu tunggal menerima sembilan dulang membabitkan hantaran wang tunai berjumlah RM17,171.71, iPad 2, topi keledar, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan beg tangan.

Mohd Helmi pula menerima 11 dulang membabitkan coklat, jam tangan, komputer riba Apple Macbook Air, topi keledar, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.

Dira kelihatan gementar ketika suaminya dinikahkan dan turut ditemani anaknya, Tengku Anggun Diandra, empat, hasil perkahwinan pertama sebelum ini dengan vokalis kumpulan Gooba Gooba!, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid.

Menurutnya, beliau bersyukur majlis pernikahan itu berjalan lancar dan berharap dengan tarikh 11.11.11, ia akan mengekalkan hubungan mereka sehingga ke akhir hayat. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu