adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, December 22, 2011

Dijel rogol gadis di pusat karaoke


MELAKA: Seorang penjual pakaian terpakai dihukum tujuh tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas disabitkan atas dua pertuduhan, iaitu merogol gadis bawah umur dan melakukan ugutan jenayah untuk menyebarkan video lucah mangsa dan teman lelakinya.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman terhadap Nornira Ali, 26, dari Tampin Tengah, dekat sini, yang menukar pengakuannya kepada bersalah.

Beliau memutuskan demikian selepas mengambil kira fakta kes, rayuan dan hujah pendakwa raya serta menasihati tertuduh supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu perbuatan apatah lagi dia mempunyai anak dan isteri.

“Kamu boleh kata apa saja mengenai kes ini. Namun, saya ambil kira pada hari ini (semalam) kamu mengaku bersalah dan mengaku keseluruhan fakta kes.

“Saya juga bersetuju dengan pendakwaan bahawa kamu mengambil kesempatan terhadap mangsa yang belum matang berusia 15 tahun lapan bulan walau apa pun latar belakangnya,” katanya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa bersama-sama rakannya, Ruszairie Aim, 25, dengan niat bersama melakukan ugutan jenayah terhadap gadis berusia 15 tahun lapan bulan dan teman lelakinya yang berusia 15 tahun iaitu hendak menyebarkan video lucah milik mereka yang boleh menyebabkan bencana kepada nama baik mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 43-46 & 45-47, Tingkat Atas Perhentian Bas Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 22 Ogos lalu, antara jam 9.30 pagi dan 10.30 pagi dan dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, Nornira didakwa merogol gadis berkenaan pada 23 Ogos 2010 antara jam 9.30 pagi dan 10.30 pagi di pusat karaoke Lot 43-46 & 45-47, Tingkat Atas, Perhentian Bas Pulau Sebang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan. 

Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara lima tahun penjara bagi kesalahan rogol dan dua tahun penjara bagi melakukan ugutan jenayah dan kedua-dua hukuman bermula serentak dari tarikh ditangkap.

Mengikut fakta, pada 22 Ogos 2010, jam 9.30 pagi pengadu dan teman lelakinya pergi ke tempat kejadian untuk berkaraoke.

Ketika membuat bayaran untuk lagu tambahan di kaunter, pengadu dan teman lelakinya dipanggil Nornira dan Ruszairie yang bertanya sama ada mereka melakukan seks di pusat karaoke itu, namun mereka menafikannya.

Selepas itu kedua-dua tertuduh memaksa pengadu dan teman lelakinya berbogel dan merakam video mereka sebelum pada sebelah malamnya dia menghubungi pengadu dan memintanya datang seorang diri ke premis itu keesokan harinya jika tidak mahu video bogel itu diedarkan.

Apabila pengadu dan kawannya datang pada keesokan harinya, tertuduh mengatakan dia hanya akan memadam video bogel mangsa dan teman lelakinya jika mangsa melakukan seks dengannya.

Pengadu memilih melakukan seks dengan Nornira kerana khuatir dia akan melaporkan kepada polis sebelum tertuduh memadam video itu. Namun, tertuduh merakam pula gambar dia melakukan seks dengan pengadu sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Pulau Sebang, Alor Gajah pada 25 Ogos 2010. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu