adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, December 21, 2011

Dua beradik perempuan samun kenalan


KUALA LUMPUR: Remaja ganas. Itulah gelaran layak diberikan kepada kedua-dua remaja perempuan berusia belasan tahun yang juga adik-beradik apabila menyerang, memukul sebelum menyamun kenalan perempuannya berusia 19 tahun, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, mangsa mengenali dua beradik itu dan serangan dipercayai bermotifkan cemburu serta samun.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi di Jalan Doraisamy, di sini, dua beradik terbabit dilapor menyerang mangsa yang baru keluar dari tempat kerjanya di kawasan berkenaan.

Akibat serangan berkenaan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan selain kerugian lebih RM500.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa yang bersendirian tiba-tiba ditolak seorang daripada suspek ketika sedang berjalan ke keretanya.

“Tindakan suspek menimbulkan kemarahan mangsa sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

“Kedua-dua suspek kemudian memukul mangsa,” katanya. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu