adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, December 6, 2011

Halang kekasih ke KL


IPOH: Akibat terdesak menghalang kekasihnya berhijrah ke Kuala Lumpur, seorang pekerja jualan langsung membuat panggilan palsu bom hingga mengakibatkan gerabak kereta api bersama 1,200 penumpang terkandas di Tapah Road, Tapah, Khamis lalu.

Bagaimanapun, suspek berusia 25 tahun itu dijejaki sebelum dicekup anggota polis pada Sabtu lalu.

Siasatan awal polis mendapati suspek mengaku membuat panggilan berkenaan bagi menyekat perjalanan kekasihnya yang dipercayai mahu menaiki kereta api ke Kuala Lumpur pada pagi kejadian. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata suspek a ditahan kira-kira jam 6.10 petang di Teluk Intan sebelum direman selama lima hari sehingga Khamis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Beliau berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada jam 1.45 pagi Khamis lalu menerima panggilan berkenaan yang memaklumkan terdapat bahan letupan ditanam di salah satu daripada 21 buah jambatan di laluan sepanjang 76 kilometer antara Tapah Road-Tanjung Malim.

“Bertindak daripada maklumat itu, kami terlebih dulu menasihatkan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) supaya menangguhkan operasi mereka bermula kira-kira jam 2 pagi hingga 1 tengah hari di laluan berkenaan bagi membolehkan polis dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menjalankan siasatan.

“Kami terpaksa memeriksa setiap jambatan di sepanjang laluan itu sebelum berjaya menemui satu objek mencurigakan iaitu satu botol plastik mineral dibungkus dengan tikar plastik ditimbus dengan batu di Jambatan Sungai Pekan Lama, Sungkai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad. Katanya, objek berkenaan sudah diletupkan dan hasil pemeriksaan tiada unsur bahan letupan ditemui pada objek itu, malah ia langsung tiada kaitan dengan panggilan palsu berkenaan.

Mohd Shukri berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia 1280 yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu itu.

Pada Khamis lalu, lebih 1,200 penumpang KTMB yang dalam perjalanan dari arah utara menuju ke ibu negara terkandas selepas polis menerima panggilan bom palsu oleh seorang lelaki yang memaklumkan terdapat bahan letupan di bawah salah satu daripada jambatan di laluan berkenaan. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu