adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, December 2, 2011

Klik Watak Akhir Ariel Zafril Jadi Budak sekolah


Areil Zafril
PETALING JAYA: Pelakon yang dikenali melalui filem Aku Tak Bodoh, Ariel Zafril, 23, menganggap lakonannya dalam drama remaja Klik yang membawa watak ramaja di sekolah sebagai yang terakhir darinya.
Dia yang tekad keluar dari kepompong watak remaja dan mencuba pelbagai jenis watak seusia dengannya.
"Saya muncul dengan filem Aku Tak Bodoh yang memeggang watak budak sekolah selepas itu tawaran yang saya terima kebanyakkannya watak-watak yang lebih kurang sama.
"Bagaimanapun sejak awal tahun lalu, bermula dengan drama Ramadan Terakhir, saya telah mendapat kepercayaan untuk saya membawa watak lebih dewasa," katanya ketika ditemui pada sidang media drama Klik, di sini, baru-baru ini.
Kata Airel, dia mahu bakat lakonan yang ada padanya hanya terbatas kepada watak budak sekolah atau kanak-kanak semata-mata.
"Saya suka watak yang memainkan perasaan dan menguji tahap lakonan saya dan kalau boleh saya ingin seiring dengan usia sebenar saya," katanya yang bakal keluar dengan filem komedi romantik berjudul Cinta Kura-Kura.
Airel yang menganggap Klik sebagai watak terakhirnya sebagai budak sekolah menjanjikan lakonan yang terbaik dan mantap dalam drama tersebut.
"Ia merupakan kesinambungan dari musim pertama, watak saya masih seperti musim lalu, namun kali ini lebih menarik dan mencabar.
"Apa yang paling mencabar ialah perbezaan persekitaraan sekolah saya dulu yang bersekolah di kampung tetapi dalam drama ini saya sebagai budak bandar," katanya.
Areil memeggang watak sebagai Aren Yunus iaitu seorang remaja yang nakal tetapi pintar. Dia menimbulkan pelbagai masalah di sekolah sehingga menyusahkan rakan-rakannya.
Drama Klik akan mula menemui penonton pada setiap Ahad, pukul 10.30 pagi bermula 4 Disember ini di Astro Ceria. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu