adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, December 22, 2011

Mitra Clip atasi kebocoran injap

MITRA Clip mampu mempercepatkan pemulihan  injap  jantung tersumbat.
MITRA Clip mampu mempercepatkan pemulihan injap jantung tersumbat. 
KUALA LUMPUR: Kebocoran injap mitral dialami oleh pesakit jantung terutama mereka yang berusia, kini boleh diatasi dengan kaedah terbaru dipanggil Mitra Clip yang mana ia tidak memerlukan pembedahan besar manakala proses pemulihannya pula lebih cepat.

Institut Jantung Negara (IJN) menjadi pelopor kepada kaedah terbaru yang mana rawatan berkenaan boleh dilakukan dengan pembedahan kecil dengan alat Mitra Clip dimasukkan melalui salur darah di kaki terus ke jantung untuk menutup kebocoran.

Ketua Pengarah Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, berkata setakat ini seramai tujuh pesakit di IJN sudah menjalani rawatan menggunakan kaedah berkenaan tanpa sebarang komplikasi, malah sembuh dalam tempoh dua hari berbanding pembedahan biasa yang mengambil masa sehingga 10 hari.

Katanya, masalah kebocoran injap mitral ialah apabila kelopak injap tidak berfungsi secara normal, menyebabkan darah dipam kembali ke dalam saluran kiri jantung dan mengakibatkan ia bekerja lebih kuat untuk mengepam darah. 

Keadaan itu juga menjadi penyebab lemah jantung.

“Kaedah ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat. Ia digunakan di Australia dan New Zealand enam bulan lalu, dan kini di negara kita. Setakat ini, sebanyak 4,000 klip sudah digunakan seluruh dunia,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. 

Sistem Mitra Clip ini merangkumi tiga komponen iaitu dawai peranti, sistem pengawalan proses meletakkan implan dan klip itu sendiri.

Dr Robaayah berkata, penggunaan teknologi terbaru itu dapat direalisasikan dengan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta hasil sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Bharian

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu